4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

Cantik

4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

747

Anda merancang percutian lebih awal tetapi tiba waktu mengisi bagasi, anda jadi buntu bab memilih produk kecantikan sesuai.

 

Usai menyusun baju, seluar atau skirt dan beberapa gaun, tiba waktunya memilih alat solek atau produk penjagaan kulit paling sesuai dengan destinasi percutian pilihan anda. Semestinya anda mahu kelihatan paling menawan dengan penampilan sesuai.

 

Penting sekali wajah anda berseri-seri ketika melangkah keluar resort percutian tropika. Bagi anda memilih percutian musim sejuk, kulit anda masih lembap dan segar sepanjang hari. Lebih penting anda kelihatan paling glam di dalam pelayaran atau paling seksi di parti saat staycation.

 

Saat-saat akhir anda buntu mencari beberapa lagi kelengkapan lantas sempat singgah di Sephora yang menawarkan bermacam produk antarabangsa seperti Becca, Tarte, Too Faced, Saturday Skin, Sephora Collection sendiri dan banyak lagi. Pasti ada yang sesuai buat percutian hujung tahun anda.

4 of 4

Santai Staycation

Kesibukan kerja membuatkan anda tidak keluar kota namun hujung tahun tetap mahu disambut. Lantas anda menempah hotel ibu kota sehingga malam menyambut tahun baru. Begitupun solekan mahu dicapai lebih berbeza daripada solekan sehari-hari. Walaupun hanya bersiar-siar di tempat biasa anda kunjungi, sesekali mahu juga berpenampilan berbeza saat berkumpul bersama rakan-rakan.

The Big Bang, This Works

Eclectic Eyes Eyeshadow Palette, Zoeva

Lipstories Lipstick, Sephora

Saturday Squeak, Saturday Skin

Your email address will not be published. Required fields are marked *