Tilda Swinton Channels Ivanka Trump Untuk Watak Antagonis - Glam Malaysia

Tilda Swinton Channels Ivanka Trump Untuk Watak Antagonis

Tilda Swinton merupakan seorang pelakon yang lazim memainkan watak antagonis (remember the White Witch from Narnia?) dan untuk projek terbarunya Okja dia sekali lagi memegang watak yang akan dibenci dan pada masa yang sama, digilai ramai.

 

Barisan pelakon Okja bersama pengarah mereka sewaktu tayangan perdana di Cannes Film Festival.
Foto:Visual via ZUMA Press

Filem yang dikatakan menerima standing ovation selama 4 minit selepas tayangan perdananya di Fetsival Filem Cannes 2017 baru-baru ini mengisahkan persahabatan antara seorang kanak-kanak perempuan dan seekor makhluk hasil mutasi syarikat yang dipegang oleh watak Swinton, Lucy Mirando.

 

Inspirasi Swinton untuk memainkan watak ini? Who would have guessed, Ivanka Trump.

 

Swinton menggambarkan wataknya sebagai seorang:

Pewaris kepada harta kekayaan yang dibina oleh inisiatif rasuah dan tidak bermoral bapanya. Didorong oleh narsisme dan keazaman untuk melakukan perakara dengan cara yang berbeza, dia mendedikasikan dirinya untuk membina imej umum, untuk memulihkan reputasi Mirando dalam bentuk kesedaran eko dan elemen positif. Dia tidak akan berhenti untuk apa pun, sudah pasti bukan untuk kebenaran, untuk mengejar matlamatnya: Dia adalah seorang penipu, dari mula hingga akhir.

 

See also
Bicara Eksklusif Bersama Pakar Dior Serum Capture Totale

Apabila ditanya bagaimana dia mendapat inspirasi untuk memainkan watak Lucy ini, Swinton tidak segan untuk berkongsikan maklumat tersebut:

Sewaktu kami melakukan penggambaran di New York musim panas yang lalu, saya sedang menyaksikan konvensyen Republican di televisyen sewaktu kami sedang berehat dalam kostum Lucy saya, sambil memerhatikan anak perempuan sebuah dinasti yang meragukan sedang mengalamatkan, daripada sebuah podium yang tinggi, satu kumpulan yang besar dengan rambut perang bersinar, senyumannya yang mahal dan menggayakan dress merah jambu Barbie (yang kini sedang di jual atas talian).

 

Saksikan trailer pendek Okja yang bakal berada di Netflix Jun ini: