Senarai Penghibur Wanita Paling Kaya Oleh Forbes - Page 8 of 9 - Glam Malaysia

Senarai Penghibur Wanita Paling Kaya Oleh Forbes

Forbes telah mengeluarkan senarai wanita paling kaya tahunan mereka dan senarai ini terdiri daripada sembilan orang wanita yang telah berjaya mengaut keuntungan dengan usaha keras mereka sendiri. Secara keseluruhannya semua wanita ini mengambil kira sebanyak 15% daripada senarai Top 60 Forbes dan jumlah harta mereka adalah $6 bilion.

 

Untuk mengambil kira nilai harta wanita-wanita ini, Forbes mengambil kira aset setiap individu termasuk nilai mereka dalam syarikat awam dan swasta, hartanah, koleksi seni, dan beberapa aset lain yang memainkan peranan.

 

Kelayakan untuk memasuki senarai ini adalah wanita-wanita ini harus meraih keuntungan besar oleh diri mereka sendiri dan menjadi rakyat U.S. atau penduduk tetap U.S..

 

Ketahui siapa wanita-wanita yang berjaya dalam industri hiburan Hollywood ini.

8 of 9

Judge Judy

Peguam, personaliti TV dan penulis Judy Sheindin a.k.a Judge Judy berjaya menduduki tempat ke-8 dengan nilai hartanya berjumlah $300 juta. Rancangan hitnya yang disiarkan buat pertama kalinya pada tahun 1996 masih lagi ditonton oleh hampir 10 juta penonton. Wanita ini menghabiskan 25 tahun daripada hidupnya dalam mahkamah sebelum muncul di kaca TV.