Sambut Hari Lahir, Putera Harry dan Meghan Ke Afrika - Glam Malaysia

Sambut Hari Lahir, Putera Harry dan Meghan Ke Afrika

Could it be that he proposes to her on this romantic getaway?

 

Foto: SBMF / MiamiPIXX / FAMEFLYNET PICTURES

Pewaris kepada takhta United Kingdom, Putera Harry dan pelakon rancangan Suits, Meghan Markle dikhabarkan sedang bercuti di benua Afrika buat sambutan hari lahir Meghan yang ke-36. Pasangan bagai pinang dibelah dua itu tiba di Botswana pada penghujung minggu lepas, di mana sebuah sumber berkata mereka menetap bersama salah seorang teman rapat putera kacak itu. 

 

“Ianya malam hari lahir Meghan, dan tiada ragu-ragu bahawa pastinya ada sambutan,” dedah sumber tersebut kepada E! News. Ia juga merupakan kali pertama kumpulan rakan Putera Harry bertemu Meghan. 

 

Foto: LMKMEDIA

Sumber tersebut juga berkata bahawa mereka akan berada di sana hingga pertengahan bulan Ogos. Putera Harry dan Meghan turut ke Delta Okavango, salah satu habitat hidupan liar terakhir di Botswana. Mereka juga dikatakan merancang untuk berlayar di sebuah sungai, berkhemah serta bermalam di pulau persendirian. Mereka juga memilih untuk tidak ke penginapan hotel dan sebaliknya akan ke kediaman persendirian. 

See also
Salah Seorang Daripada Hadid Sisters Kembali Ke Pentas Victoria's Secret

 

“Harry tahu di mana untuk tinggal buat percutian sebegini,” kata sumber tersebut. Beliau juga telah bekerjasama bersama agensi pelancongan bertauliah yang telah menolong dari segi aturan trip mereka. 

 

 

“Terdapat unsur kemewahan tetapi ada juga elemen daring. Mereka hanya mahu berdekatan haiwan dan penduduk tempatan,” sambungnya. 

 

Putera Harry pernah berkata bahawa kepada beliau, Botswana seperti rumah keduanya.