Kylie Kristen Jenner Is Pregnant?

Kylie Kristen Jenner Is Pregnant?

Selepas berita perihal kakanya, Kim Kardashian West, bakal menimang cahaya mata ketiganay tidak lami lagi, Kylie Jenner pula dilaporkan sudah hamil dengan anak pasangannya Travis Scott?

 

Berita ini dilaporkan oleh TMZ melalui pengesahan beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut dan spekulasi daripada peminat-peminat Jenner sendiri.

 

Jenner, 20, dan Scott, 25, dilaporkan telah mula memberitahu keluarga dan rakan terdekat mereka mengenai berita ini menurut sumber TMZ.

 

Satu sumber pula menyatakan kepada US Weekly yang Jenner kini sudah empat bulan hamil. Jenner dan Scott mula menjalinkan hubungan sejak April tahun ini selepas dia memutuskan hubungannya bersama rapper Tyga.

 

Spekulasi ini turut dibuat oleh peminat-peminat Jenner apabila mereka mula menyedari Jenner hanya berkongsikan foto-foto lama dan close-up pada akaun Instagramnya sejak kebelakangan ini.

 

Just keep in mind bahawa pihak Jenner dan Scott masih lagi belum mengesahkan laporan ini namun jika berita ini adalah benar, tahniah buat Kylie dan Travis?

See also
Kylie Jenner Akan Ke Mahkamah

 

Ini pula satu screenshot Snapchat yang menunjukkan reaksi Tyga:

 


 

Kylie Jenner sewaktu menghadiri iHeart Radio Festival baru-baru ini untuk menyaksikan Travis Scott.
Foto Splash