Ariana Grande Berjanji Untuk Kembali Ke Manchester - Glam Malaysia

Ariana Grande Berjanji Untuk Kembali Ke Manchester

Selepas satu letupan di lokasi konsert jelajahnya yang menyebabkan 22 orang maut dan lebih kurang 116 orang lain tercedera, Ariana Grande mengumumkan bahawa dia bakal kembali ke Manchester untuk sebuah konsert amal.

 

Foto: INSTARimages.com

My heart, prayers and deepest condolences are with the victims of the Manchester Attack and their loved one,” merupakan kenyataan penuh pertama daripada penyanyi tersebut yang dikongsikan pada akaun Twitternya.

 

Grande dilaporkan merasa terganggu ikutan serangan tersebut yang melibatkan peminat-peminatnya serta keluarga mereka.

 

Sebelum ini Grande hanya berkongsikan kenyataan yang pendek sejurus selepas serangan tersebut melalui Twitter dan baru-baru ini penyanyi tersebut mengeluarkan satu lagi kenyataan yang lebih panjang untuk peminat-peminatnya dan mereka yang terlibat.

 

Dia kemudiannya memberikan pautan untuk mereka yang ingin menderma dan membantu mereka yang terlibat.

 

See also
Frontman Linkin Park, Chester Bennington, Meninggal Dunia

Peminat Grande juga melaporkan bahawa dia sudah menghubungi ahli keluarga 22 orang yang maut pada malam tersebut untuk membantu proses pengkebumian namun hal ini belum disahkan oleh pihak Grande.