Upacara Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Dilimpahi Kemewahan
Mengidamkan sebuah perkahwinan persis kerabat diraja impian anda sudah menjadi satu kebiasaan buat bakal pengantin era ini. Walaupun tidak memberikan tarikh tetap, that is the kind of wedding yang bakal dilangsungkan oleh Priyanka Chopra dan Nick Jonas.

Terletak di sebuah bandar yang cukup dikenali dengan rumah-rumah berona biru langit, Jodhpur, Rajasthan—Chopra dan Jonas telah memilih Istana Umaid Bhawan, yang dimiliki oleh Taj Hotels, untuk majlis perkahwinan mereka. Pasnagan ini baru sahaja selesai dengan upacara Puja sebelum diikuti dengan upacara berinai Mehendi, keraian Sangeet dan majlis perkahwinan rasmi mereka.
Istana ini telah dibina antara tahun 1928 dan 1943, mempunyai 347 bilik, sebuah muzium yang menampilkan sejarah koleksi kereta ahli kerabat diraja, kamar takhta, kolam renang, dan perpustakaan.
Daripada 26 ekar yang mernagkumi kawasan istana ini, 15 ekar merupakan kawasan lapang dan taman-taman indah yang turut didiami oleh beberapa ekor burung merak. Lihat foto-foto di bawah and be amazed.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kolaborasi Unik Henry Jacques & Ousmane Dembélé
Jun 15, 2026
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026

