Nike dan Adidas Bersependapat Mengenai Travel Ban Presiden Trump - Glam Malaysia

Nike dan Adidas Bersependapat Mengenai Travel Ban Presiden Trump

Walaupun sering dianggap sebagai pesaing oleh para pembeli dan pengguna dalam industri sukan dan juga fesyen, jenama yang tidak asing lagi dalam kategori athlesiure Nike dan Adidas kedua-duanya bersetuju terhadap satu perkara: polisi travel ban yang diisukan oleh Presiden Trump baru-baru ini.

 

Kedua-dua jenama ini jarang kali bersuara mengenai isu-isu politik tetapi disebabkan Nike dan Adidas menyokong ahli sukan dan pekerja-pekerja mereka yang terdiri daripada individu di seluruh dunia, mereka akhirnya bersuara mengenai isu ini.

 

CEO Nike Mark Parker mengeluarkan kenyataannya dahulu dengan menghantar memo kepada pekerja-pekerjanya:

“Nike percaya kepada dunia di mana orang ramai meraikan kepelbagaian. Tidak mengambil kira siapa/apa yang anda sembah, dari mana asal anda atau siapa yang anda cintakan, setiap pengalaman individu yang membuatkan kita kukuh sebagai keseluruhan.”

Ahli sukan British dan pemenang pingat Olimpik 4 kali, Mo Farah yang mendapat tajaan Nike mengeluarkan kenyataannya sendiri kerana beliau merupakan anak kelahiran Somalia (salah satu negara yang dilarang oleh Presiden Trump).

See also
Kehamilan Khloé Kardashian dan Kylie Jenner Telah Disahkan?

 

Mo berkata tindakan Presiden Trump itu telah membuatkan dirinya berasa seperti makhluk asing.

 

CEO Nike tersentuh dengan kenyataan Mo dan meyakinkan ahli sukan tersebut–dan juga semua yang berada dalam komuniti Nike–bahawa Nike akan sentiasa menyokong mereka.

 

“Nike berdiri bersama dalam menentang bigotry dan sebarang bentuk diskriminasi,” terang Mark lagi.

 

Adidas juga mengeluarkan kenyataan mereka mengenai isu travel ban ini:

“Syarikat kami dibina di atas dasar kepercayaan bahawa ‘melalui sukan, kita mempunyai keupayaan untuk mengubah hidup (seseorang). Sukan telah menunjukkan pada masa lampau dan akan terus menunjukkan pada masa akan datang yang ia boleh menyatukan orang ramai dari segenap dunia–tidak kira kewarganegraan, jantina, umur, agama, mahupun orientasi seksual mereka.

 

Terdapat syarikat-syarikat yang sudah menyuarakan pendapat mereka mengenai keputusan ini dan kami bersama dengan mereka menginginkan budaya dan masyarakat yang terbuka dan pelbagai di U.S dan juga serata dunia.”