Kes Taylor Swift Diraba Masih Lagi Diperbincangkan

Foto Splash News
Dalam sebuah kamar perbicaraan di mahkamah Colorado, Taylor Swift boleh dilihat memberikan keterangan mengenai kes yang berlaku pada tahun 2013 di mana penyanyi tersebut mendakwa seorang DJ radio David Mueller telah berkelakuan tidak senonoh sewaktu mengambil gambar bersamanya.
Swift menyatakan bahawa Mueller telah mengambil kesemptan terhadap dirinya dengan memasukkan tangannya ke dalam skirt Swift dan merabanya sewaktu sesi bergambar bersama.
Mueller memfailkan saman terhadap Swift atas tuduhan tersebut pada tahun 2015 dengan kenyataan dakwaan Swift itu adalah palsu dan dia telah dibuang kerja kerana penyanyi tersebut. Swift yang enggan berdiam diri membalas pula dengan tuntutan samannya sendiri akibat tindakan DJ tersebut.
Swift hanya menuntut bayaran sebanyak $1 juta berbanding dengan Mueller yang menuntut $3 juta sebagai pampasan. Alasan Swift apabila dia membalas saman Mueller adalah “as an example to other women who may resist publicly reliving similar outrageous and humiliating acts.”
Bukti yang dibekalkan Swift untuk kes ini boleh didapati dalam keterangan sumpah yang dibuat olehnya pada tahun 2016:
“He took his hand and put it up my dress and grabbed onto my ass cheek, and no matter how much I scooted over, it was still there. It was not an accident, it was completely intentional, and I have never been so sure of anything in my life.”
Sekeping foto juga telah diterbitkan oleh TMZ sebagai bukti untuk digunakan oleh mahkamah.
Swift telah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah pada Khamis lalu dan dia kekal teguh dengan dakwaannya sewaktu dipersoal.
“Apa yang dilakukan oleh En. Mueller adalah dengan sengaja,” nyata Swift kepada wakil Mueller, Gabriel McFarland.
Apabila ditanya sama ada dia bersikap kritikal terhadap pengawal peribadinya yang tidak mengahalang kejadian itu daripada berlaku Swift menjawab “Saya hanya kritikal yang klien awak memasukkan tangannya ke dalam skirt saya dan memegang punggung saya.”
“Saya enggan membenarkan awak ataupun klien awak untuk membuatkan saya rasa ini merupaka salah saya kerana ia bukan.” ujar Swift apabila mereka memberitahunya Mueller telah dibuang kerja akibat dakwaannya. “Saya dipersalahkan untuk perkara yang berlaku dalam hidupnya hasil keputusan dan kelakuannya sendiri, bukan saya.”
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
