Kendall Jenner Merangkul Gelaran Fashion Icon of The Decade
Kendall Jenner mula melangkah ke dunia peragaan untuk jenama kakaknya, Smooch, namun itu bukanlah pertunjukan rasmi pertamanya. Minat Jenner kepada industri ini mula mendalam apabila dia memperagakan koleksi Sherri Hill pada tahun 2011 di mana dia turut berkongsikan keterujaannya pada akaun Twitternya.
OMGGGG just finished my first ever runway show for @sherrihill!!! #amazing #imaddictedtorunway!
— Kendall (@KendallJenner) 2011년 9월 14일
Selang setahun selepas itu namanya terus melonjak naik dan dia mula menjadi kegemaran ramai pereka fesyen walaupun sering diherdik dek kerana kaitannya bersama rancangan realiti popular Keeping Up With the Kardashians.

"Saya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat saya kerana orang ramai enggan memandang saya secara serius kerana rancangan tersebut," ujar gadis berusia 22 tahun itu.
Kini dengan enam tahun pengalaman dalam dunia yang berarus laju ini dan 89 pertunjukan fesyen, Jenner telah diberi penghormatan dengan anugerah "Fashion Icon Of The Decade" oleh Daily Front Row's Fashion Media Awards sempena NYFW.
GLAM mengimbas kembali detik-detik menawan Jenner tatkala dia berada di atas pentas peragaan doing what she loves most, menjadi seorang model.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
May 29, 2026
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
May 28, 2026
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
May 28, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
May 26, 2026

