Tonton The Fondation Louis Vuitton dari rumah anda!

Tonton The Fondation Louis Vuitton Dari Rumah Anda!

Berikutan arahan kerajaan Perancis yang mengarahkan semua aktiviti di negara itu dibatalkan berikutan penularan Covid-19 sehingga notis selanjutnya, Louis Vuitton tampil dengan idea kreatif buat anda. Walaupun ditutup, Fondation terus berkongsi informasi dengan orang awam dan komuniti melalui teknologi digital. Kini anda bisa menonton pameran, konsert, masterclasses  dan acara tertentu  seperti sedia kala yang ditawarkan sejak pembukaan 2014.

Setiap minggu Fondation akan menganjurkan tiga acara digital:

  • Rabu pada 6 petang, lawatan pameran dengan ulasan oleh kurator.
  • Jumaat pada pukul 8:30 pagi, sebuah konsert yang diadakan di Auditorium.
  • Ahad jam 5:30 petang, sebuah konsert oleh graduan Classe d’Excellence de Violoncelle yang diketuai oleh Gautier Capuçon.

Video-video ini boleh didapati dalam talian di laman Facebook Fondation https://www.fondationlouisvuitton.fr/en.html dan saluran YouTube https://www.youtube.com/user/FondationLV.

Dan laman Instagram, akan memaparkan kandungan yang belum pernah dipertontonkan misalnya bahagian artis Koleksi, kuiz pada karya seni dari Koleksi, dan sebagainya.

Cari #FLVfromhome di Instagram, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn.

See also
#ApaSiapaDiMana: PP Krit, Scha Alyahya & Ramai Lagi Di Butik Balenciaga, TRX

https://www.youtube.com/watch?v=oeKU2bPMog8

Lebih banyak aktiviti akan disenaraikan di laman web ini untuk beberapa minggu berikut.

Jumaat (27 Mac) jam 8:30 malam waktu Paris – konsert Lang Lang diadakan di Auditorium.

Ahad (29 Mac) jam 5:30 petang waktu Paris – “Violoncelles, vibrez!” dokumentari oleh graduan Classe d’Excellence de Violoncelle yang diketuai oleh Gautier Capuçon.

Nikmati muzik, kesenian, budaya atau hanya sesuatu yang perlu dilakukan di rumah semasa tempoh berkurung ini.