Sembang Fesyen: Fairuz Ramdan

Sembang Fesyen: Fairuz Ramdan

Fairuz Ramdan
 
Sejak kecil pereka fesyen kelahiran Edinburgh, Scotland memiliki bakat dalam menjahit. Berpindah ke Malaysia sewaktu berumur 14 tahun dan minatnya untuk mendalami seni jahitan bermula apabila disuruh oleh rakannya untuk menjahit dan memotong kain ketika di bengkel sekolah. Semakin lama ia bercambah menjadi minat sehingga melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen di Universiti Teknologi Mara. Pada 2005, dia mengorak langkah memperkenalkan rangkaian fesyen Fairuz Ramdan Bespoke di Malaysia International Fashion Week.
 
Bintangnya makin bersinar hingga menerima anugerah Most Fashionable Muse 2013 dan Most Promising Designer of the Industry 2013 ketika di The Mercedez Benz, Stylo F1 Fashion Grand Prix. Dia turut berkolaborasi dengan gedung pakaian Parkson bagi koleksi ready to wear. Malah, hingga hari ini trademark rekaan vintage dan klasiknya menjadi perbualan hangat.
 
Rekaan signature Fairuz Ramdan?
Seperti sedia maklum, rekaan saya kebanyakan mempunyai elemen vintage, klasik dan basic siluet. Selain itu, corak seperti geometrik, cetakan tartan menjadi kegemaran saya buat masa kini. Tidak lupa juga logo signature F.R pasti disemat pada setiap helaian pakaian.
 
Adakah golongan lelaki sesuai berhias secara maksima seperti mengenakan aksesori?
Itu terpulang kepada individu. Kadang-kala golongan seperti ini hanya ingin mencuba atau merasai bagaimana jika mereka tampil bersama seleksi aksesori secara volumize. Seperti contoh bow tie ditukarkan kepada sesuatu yang ekstravaganza dan ia mungkin dijumpai jika anda bersama kelompok fesyen.
 
 
Jika diberi pilihan, adakah Fairuz Ramdan berminat untuk menghasilkan himpunan terbaru tetapi hanya fokus kepada wanita dan gaya pilihan?
Sudah tentu saya berminat. Malah, idea ini turut bermain dalam minda kecil saya. Kemungkinan ia akan direalisasikan tidak lama lagi serta inspirasi pertama saya adalah wanita bersifat maskulin, tegas dan berdikari menjadi taruhan pertama.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mac 2015
 
 
 

See also
Style Queens At The 2020 Grammy Awards