Kali terakhir Rihanna melancarkan albumnya adalah pada tahun 2016 berjudul Anti, dan sejak itu, Rihanna menyibukkan dirinya dengan memantapkan skil dalam bidang perniagaan. Muak dengan pertanyaan soalan bila dirinya akan tampil dengan album baharu, ini jawapan ‘win‘ Rihanna.
“Saya sedang menyelamatkan dunia, bukan seperti presiden kamu!”. Ya, itu balas Rihanna apabila ada peminat mengajukan soalan ketika Rihanna sedang bersiaran langsung di Instagramnya dan sempat untuk menyindir Presiden A.S, Donald Trump.
Rihanna a demandé de cesser de poser des questions sur l'album parce qu'elle essayait de sauver le monde, contrairement au président (Donald Trump). pic.twitter.com/9DlhI94lqU
Menurut laporan portal E News, Rihanna meminta peminatnya untuk bersabar kerana dia masih mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 ini. Rihanna baru-baru ini turut menyumbang AS$ 5 juta dalam membendung wabak coronavirus.