Pergaduhan Terbesar Selebriti Dalam Sejarah Hollywood

Jikalau kita manusia biasa/marhaen/mortal tidak boleh mengelak daripada kemelut persengketaan dalam kehidupan seharian kita, apakan pula mereka yang berstatus selebriti. Jikalau tidak merasa dengki dengan kejayaan satu sama lain, mungkin juga untuk publisiti murahan supaya boleh kekal relevan? Atau memang rasa tidak puas hati sebab hasutan pihak ketiga, keempat, dan seterusnya? GLAM menghimpunkan 13 persengketaan Hollywood yang melakar sejarah dalam industri sengit itu.

11 of 13

Madonna vs. Lady Gaga

Foto Dimitrios Kambouris/WireImage for Marc Jacobs

Ikon pop veteran Madonna mengkritik Lady Gaga semasa konsert jelajahnya dan mendakwan Gaga telah meniru lagu terkenalnya daripada tahun 1989 “Express Yourself” untuk lagunya “Born This Way.”

Gaga mengeluarkan kenyataan yang mudah terhadap dakwaan Madonna:

“Ia kadang-kadang membuatkan sesetengah orang merasa dirinya bagus apabila mereka mengutuk atau mengejek orang lain mahupun kerja mereka.”

POST A COMMENT