YSL Beauty Hotel: The Beauty Hot Spot
Dibuka di Paris, London, Tokyo, dan New York sebelum ini, YSL Beauty Hotel kini membuka pintunya untuk mereka yang ingin "menginap" di hotel menawan ini di Malaysia!
Menggunakan sebuah bangunan warisan Kuala Lumpur, YSL Beauty Hotel menerima pengunjung untuk dua hari berturut-turut telah menyajikan pelbagai jenis hiburan dan previu eksklusif, you name it. Penampilan istimewa golongan elit Kuala Lumpur seperti Marion Caunter, Awal Ashaari, Izara Aishah, Siti Saleha dan suami Lufti Azhar, Datin Sri Eannes Chop dan juga Debbie Goh telah memeriahkan malam pertama pembukaan mereka.
Memastikan pengunjung mereka dapat merasai seakan-akan berada di sebuah hotel yang benar, YSL menyediakan kunci khas untuk para jemputan daftar masuk sebelum diberi kunci YSL Beauty Hotel yang menawarkan akses kepada tingkat-tingkat lain yang wajar dilawati for that amazing Instagram photo-op!
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk melihat previu gincu terbaru YSL Beauty, Rouge Pur Couture The Slim yang terletak pada aras bawah tanah. Aras satu pula menampilkan wangian Mon Paris dan Y. All Hour Beauty Bar juga menjadi antara tarikan utama pengunjung.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cerita Masa di LVMH Watch Week 2026
Jan 28, 2026
24 Jam Tanpa Henti, Satu Legasi Yang Tidak Pernah Perlahan
Jan 28, 2026
7 Snek Halal Wajib Cuba Tahun Baru Cina 2026
Jan 27, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Warganegara
Jan 27, 2026
Khasiat Kunyit Pada Kulit & Rambut, Rahsia Kecantikan Nenek Moyang
Jan 26, 2026
Ini Sebab Alice In Borderland Tamat Selepas Musim Ketiga di Netflix
Jan 26, 2026
Pereka Menswear Hermès, Véronique Nichanian Menutup Tirai Selepas 37 Tahun
Jan 26, 2026

