Lebih Daripada Hanya Sebuah Perjalanan
Perjalanan sebutir berlian itu bukan sekadar hanya pada atas peta. Ia adalah untuk memastikan kesan positif pada alam sekitar, komuniti dan mereka yang terlibat dalam setiap langkah dalam mensahihkan yang berlian Tiffany ini diambil daripada sumber 100 peratus yang bebas konflik.
JELAJAHI PETA KAMI
Arahkan kursor pada lokasi untuk memulakan perjalanan anda
Sumber bertanggungjawab
LANGKAH PERTAMA
Setiap butir asli berlian disalurkan melalui negara-negara seperti Australia, Botswana, Kanada, Namibia, Rusia dan Afrika Selatan.
Kami mengumpul lebih kurang 65-75% batu sebagai berlian asli. Semua berlian asli disumberkan secara terus daripada lombong atau pengeluar yang mempunyai lombong yang terhad. Kami mendorong standard lebih tinggi buat industri perlombongan untuk melindungi hak asasi manusia dan kawasan ekologi tanah yang sensitif.
1
Penyediaan
LANGKAH KEDUA
Ibu pejabat operasi berlian Tiffany terletak di Belgium.
Hanya 0.4% daripada batu permata yang digred dalam dunia mampu memenuhi standard kami. Kami hantar berlian asli yang terpilih kepada bengkel di Antwerp, belgium. Di sini, kami rekod setiap asal usul dan agihkan mengikut saiz, warna, kejelasan dan flouresens sebelum mereka rekaan unik pada berlian paling indah.
2
Memotong & Menggilap
LANGKAH KETIGA
Tiffany memiliki bengkel memotong dan menggilap di Botswana, Mauritius, Belgium, Vietnam dan Cambodia.
Kami amat mahir dalam memotong dan menggilap semua berlian di bengkel Tiffany dan mendapatkan berlian yang terpilih daripada pengeluar yang boleh dipercayai yang juga tangkas, berkualiti, serta memenuhi standard alam semulajadi. Kami bangga menggunakan tenaga kerja lokal, serta melabur dalam komuniti dan menyediakan sumber gaji.
3
Penggredan & Kawalan Kualiti
LANGKAH KEEMPAT
Tiffany mengandalikan makmal gemologi di Amerika Syarikat, Cambodia dan Vietnam.
Kami memeriksa setiap berlian di Tiffany Gemological Laboratories yang terletak di Amerika Syarikat, Cambodia dan Vietnam. Pengawasan gred dan kawalan kualiti berlangsung di New York , di mana gredan dan standard kualiti ditetapkan.
4
Penetapan
LANGKAH KELIMA
Tiffany menetapkan hampir majoriti berlian di bengkal yang terletak di Amerika Syarikat.
Setiap pengatur menetapkan serong dan bentuk untuk memperlihatkan kecantikan setiap berlian, memerlukan ketelitian dan kesenian yang tinggi. Bengkel kami menetapkan standard tinggi dalam hal keselamatan, kebersihan, produktif serta pengalaman yang mesra.
5
Tiba Masa Buat Kotak Biru
LANGKAH KEENAM
Berlian Tiffany siap sedia untuk diletakkan di dalam Tiffany Blue Box dan beg yang diperbuat daripada kertas bersumber lestari, termasuklah diluluskan oleg FSC dan material yang dikitar semula.
6
Apakah
Berlian Tiffany
anda?
Hadiah sempurna untuk apa jua acara
PILIHAN GLAM
BERITA
Gaya Ikonik Anya Taylor-Joy Bersama Tiffany & Co.
Momen terbaik Tiffany & Co. kami
Langgan
Mel Kami!
Dan tidak terlepas berita terkini