GLAM Junior: Baby Shower Ain Edruce, Soraya Teruja Dapat Adik! - Glam Malaysia

GLAM Junior: Baby Shower Ain Edruce, Soraya Teruja Dapat Adik!

Kasih dihulur sepenuh jiwa kian berganda, kebahagiaan buat Ain Edruce dan Amirul dengan kehamilan kedua. Si kecil bakal digelar boy atau girl?

Pengacara dan pelakon terkenalĀ Ain Edruce membawa khabar riang kepada para peminatnya apabila mengumumkan bahawa dirinya hamil anak kedua kini sebentuk cinta baharu yang luas bersemadi dalam keluargaĀ Ain. Berita yang menyalakan lagi sinar di wajah sekeluarga. Momen yang tidak dapat dilupakan ini diserikan dengan majlis ā€˜gender revealā€™ yang dikongsikannya melalui Instagram bersamaĀ beberapa foto mesra suami dan anak sulungnya, Soraya, sambil memaklumkan berita bahawa Soraya bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

Mommy of 2! Ain Edruce dan Amirul Timang Baby Kedua

Ain edruce

Ain dan keluarga tampak sweet mengenakan outfit putih matchy pada majlis gender revealnya. Dekorasi pink biru dari @_pretty.little.eventsĀ menceriakan kedua wajah suami istri dengan kehamilan kedua ini. Buat masa ini Ain memilih untuk tidak mendedahkan usia kandungan mahupun jantina bayi kepada umum.

” Doakan baby ain sihat okay. ā¤ļøĀ (Yang penting @amirul_hafizz bukan main happy ehh time gender reveal.. kenapa yeee?!!!)Ā Love you daddy @amirul_hafizz and @__itsmesoraya” ujar Ain di caption postingnya baru baru ini.

See also
Blake Lively Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

“Look! Soraya gonna be kakak. Alhamdulillah untuk rezeki ini. Awal tahun hari tu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur. Tak pernah aku rasa sedih macam tu dalam hidup aku… Tapi alhamdulillah Allah bagi lagi rezeki untuk kami sekeluarga.”

Ain edruce Ain edruce

Ain dan Amirul sudah mendirikan rumah tangga sejak 2019, kini memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Soraya yang berusia empat tahun. Dalam perkongsian terbaharunya, seleksi foto yang dimuat naik jelas memperlihatkan perut Ain yang semakin membesar, sekali gus mencetus keterujaan dalam kalangan peminatmnya. Kegembiraan tampak jelas dari sepasang mata seorang ibu yang akan menyambut lagi satu cahaya mata.

Ain edruce

Keredaan menjalar pada diri Ain Edruce melalui pengalaman pahit apabila mengalami keguguran akibat pendarahan teruk pada bulanĀ April lalu, satu detik yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Ain mengakui bahawa kejadian itu merupakan antara episod paling sedih yang pernah dilaluinya. Walaupun pernah melalui waktu kesedihan kini digantikan dengan kehamilan yang lebih bahagia dan indah untuk Ain dan keluarga.