Raikan Hari Kebangsaan ke-64 dengan arloji kreasi Longines
Bagi membayangi Hari Kebangsaan yang bertemakan Malaysia Prihatin; rumah arloji Longines merekomendasikan himpunan HydroConquest dan Longines Legend Diver Watch untuk menandakan keramaian yang bakal disambut tanggal 31 Ogos ini.
Mencedok inspirasi dari dunia sukan air, jam tangan HydroConquest mahsyur dengan gayanya yang diolah berani. Sekali gus, berbalas susuk rekaan nan elegan yang timeless. Tambahan pula, arloji ini turut sama direka untuk mengimbangi lalu menuruti kehendak para atlet juga pemuja sukan air. Bertahan rintangan air sehingga pada kedalaman 300 meter, barisan HydroConquest dilengkapi bezel berputar searah. Selain itu, tampil dengan crown dan case back bersekuriti screwdown bagi melindung case. Gancu lipatan berganda bersama tali menyelam bersepadu menyempurnakan karakternya yang cemerlang.
Lanjutan daripada itu, ikon warisan rumah arloji yang mendakap simbol jam pasir bersayap yakni Longines Legend Diver Watch mengekalkan spirit serta garis rekaan arloji asalnya. Sambil memanfaatkan kepakaran pembuatan jam tangannya. Wajah terbarunya yang diperbuat dari keluli diolah dengan nada rona coklat. Bagi membiaskan penglihatan yang optimum, jarum serta indeks masa diselingi dengan penanda berbentuk kotak; serta angka gaya Arab disuntik cat berluminositi Super-LumiNova®. Kekal sama seperti model asalnya, casing belakang bersaiz 42 mm dihiasi dengan ukiran timbul penyelam. Longines Legend Diver Watch juga kalis air sehingga pada kedalaman 300 meter.