Use your ← → (arrow) keys to browse
Hadir dengan dimensi 99.96 x 84.75 mm dan ketebalan 20.32 mm, Cartier Libre diperbuat dari emas merah. Demikian, case dan gelangnya digarap dengan 418 berlian potongan brilliant (5.66 ct), 54 batu moonstone kelabu, 81 batu spinel hitam dan 81 garnet merah.
Membiaskan simbol kegembiraan dan harapan yang kuat, pari-pari dan ballerina adalah tradisi yang berkekalan di Van Cleef & Arpels. Tersentuh dengan keanggunan halus, figura feminin ini membangkitkan dunia maison yang mempesonakan. Lady Arpels Ballerine Enchantée hadir mengimbangi koleksi arloji ilham jauhari yang diperbuat dari emas merah lantas dihiasi berlian pada sekujur jamnya.