Terapi Aroma Buat Ruang Istimewa - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Terapi Aroma Buat Ruang Istimewa

Tiada yang lebih indah apabila meraikan musim cuti dan keraian akhir tahun dalam apungan semerbak yang diekstrak dari alam semula jadi. Kayu-kayan, rempah-ratus dan bunga-bungaan diramu segar bagi mencipta nota bauan elegan, romantis, misteri dalam masa sama mewah tidak terperi agar dapat berlegar-legar di ruangan istimewa.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apresiasi Seni Dewa Yunani

Koleksi Gift Kits, Aesop meraikan lima daripada sembilan dewa – dewi mitologi Yunani dalam bidang seni, budaya dan kesasteraan. Lima jenis kit tercipta untuk penjagaan kulit, terapi tubuh dan trio ruang domestik hadir dalam bekas tin dibaluti ilustrasi asli artisan New York Giovanni Garcia-Fenech berlatarkan ikon muzik, tarian, sejarah, komedi dan puisi indah.