Sajian - Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa

That Last Slice bermula sebagai home baking project oleh Aishah Nordin sejak 9 tahun lalu. Dikenali menerusi signature cake Red Velvet dan Rainbow Cake, That Last Slice mempersembahkan menu kek dan pastri dalam gaya rustik. Aishah mengatakan rasa adalah kunci jenama ini. “Saya memberanikan diri mencuba bahan-bahan mentah diimport yang lebih berkualiti mutunya. Sekarang, saya menumpukan pada kemahiran membuat pastri dengan meneroka lebih banyak perisa seperti buah markisa, buah, bunga telang, kelapa dan banyak lagi,” jelas Aishah.

Anna Polson, Martha Stewart, Peggy Porschen antara nama-nama yang sering menjadi rujukan Aishah untuk berkarya. That Last Slice turut menganjurkan kelas kek dan pastri dalam skala kecil. Kelas dilangsungkan di studio That Last Slice secara hands-on agar anda dapat merasai sendiri pengalaman membakar dan menghias kek dan pastri. Segala urusan pesana, rujukan menu dan jadual kelas That Last Slice dikemas kini di www.thatlastslice.com.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tart Mini White Chocolate Ganache

 Bahan-bahan

2 cawan coklat putih couverture

1 cawan krim

Cara menyediakan

  1. Panaskan krim di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Padam api. Tuang coklat putih di dalam krim dan kacau sehingga sebati.
  2. Paipkan inti jem raspberi di dalam pastri tart mini yang sudah siap dibuat/dibeli. Tuangkan ganache coklat putih sehingga tartlets penuh.
  3. Biarkan sejuk seketika.
  4. Hiaskan bersama jam dan krim di bahagian atas ganache. Taburkan beberapa ‘mutiara’ berperisa starwberi.