Sajian - Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa - Glam Malaysia

Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa

That Last Slice bermula sebagai home baking project oleh Aishah Nordin sejak 9 tahun lalu. Dikenali menerusi signature cake Red Velvet dan Rainbow Cake, That Last Slice mempersembahkan menu kek dan pastri dalam gaya rustik. Aishah mengatakan rasa adalah kunci jenama ini. “Saya memberanikan diri mencuba bahan-bahan mentah diimport yang lebih berkualiti mutunya. Sekarang, saya menumpukan pada kemahiran membuat pastri dengan meneroka lebih banyak perisa seperti buah markisa, buah, bunga telang, kelapa dan banyak lagi,” jelas Aishah.

Anna Polson, Martha Stewart, Peggy Porschen antara nama-nama yang sering menjadi rujukan Aishah untuk berkarya. That Last Slice turut menganjurkan kelas kek dan pastri dalam skala kecil. Kelas dilangsungkan di studio That Last Slice secara hands-on agar anda dapat merasai sendiri pengalaman membakar dan menghias kek dan pastri. Segala urusan pesana, rujukan menu dan jadual kelas That Last Slice dikemas kini di www.thatlastslice.com.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Brownies

 Bahan-bahan

See also
Destinasi - Pancawarna Frankitas

½ cawan mentega tanpa garam

1 ⅓ cawan gula kastor

2 biji telur

¾ cawan serbuk koko

1 sudu kecil vanila

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk espresso

⅔ cawan tepung

½ cawan coklat cip

Cara menyediakan

  1. Cairkan mentega bersama gula di dalam periuk sehingga cair.
  2. Masukkan telur, serbuk koko, vanila, garam, serbuk espresso di dalam mangkuk berasingan.
  3. Masukkan mentega cair ke dalam adunan telur tadi. Gaul sehingga adunan sebati.
  4. Kemudian, masukkan tepung dan coklat cip.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan pembakar berukuran 8×8. Bakar brownies pada suhu 175 darjah celsius selama 17 hingga 20 minit.
  6. Biarkan brownies sejuk seketika. Semburkan pewarna emas di atas permukaan brownies.