Ruang - Inspirasi Ambien Hijau - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

Ruang – Inspirasi Ambien Hijau

Kehijauan adalah simbolik kepada kesegaran dan satu permulaan. Bagi yang masih ragu atau keliru, kami mencungkil teknik dan trik hebat menghias dalam masa sama menambah baik ruang sedia ada dengan kesegaran hijau.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

KAUNTER DAPUR

Kaunter dapur berbeza dengan dapur berpulau. Dapur berpulau dibina bersekali sinki, dapur dan ketuhar pasang siap. Manakala, kaunter dapur dibina secara satu unit tanpa aksesori lain sebagai satu ruang tambahan duduk-duduk yang berfungsi seakan bar atau breakfast counter. Binaan kaunter dapur boleh berada di tengah-tengah ruang dapur, ruang masuk dapur atau sebagai pembahagi antara ruang dapur kering dan basah. Paling ideal, binaan kaunter dapur di tengah-tengah dapur kerana berdekatan ruang kerja yakni sinki, dapur dan peti sejuk.

Tip

Ketinggian ideal buat binaan kaunter dapur adalah 36 inci atau 3 kaki tinggi. Pilih material jubin bercorak marmar atau reka sendiri susun atur jubin seperti subway, chevron atau herringbone untuk lebih impak karakter.