#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam

Usaha ke arah menjaga dan memastikan kesejahteraan alam sekitar perlu diteruskan terutama dalam situasi masa kini yang kian mencabar akibat serangan virus Covid-19. Ini penting untuk kesinambungan perjalanan kehidupan tidak terganggu di masa hadapan. Di saat arahan Perintah Kawalan Keselamatan oleh pihak kerajaan, GLAM Deko kongsikan tip dan panduan membentuk konsep kediaman mesra alam. 

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang dapur yang menjadi nadi kediaman perlukan perhatian sepenuhnya untuk kesejahteraan penghuni.

  1. Kenal pasti. Kenali setiap produk dan kelengkapan dalam rumah sama ada untuk dapur, bilik mandi, dan penggunaan peribadi. Ini termasuk bahan pencuci, pembersih, kosmetik, pelembap, syampu, racun perosak, penyegar udara, baja dan cat.
  2. Susun. Melupuskan barang yang tidak diperlukan dengan membuang di lokasi sisa buangan tempatan, atau program kitar semula. Jangan membuang sisa ini terus ke dalam tong sampah yang tidak berlabel kerana proses akhir akan berlaku di tapak pelupusan yang mampu mengakibatkan pencemaran alam melalui sisa pengairan.
  3. Kitar semula. Banyak produk semula jadi, seperti bahan organik dan bebas toksik kini boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Anda juga boleh membeli banyak produk-produk ini secara online. Kenal pasti terlebih dahulu sebelum berbelanja.
  4. Pelaburan. Produk atau bahan pembersih kediaman semula jadi (menggunakan bahan natural) mungkin agak mahal berbanding produk lain di pasaran. Tetapi kosnya lebih murah daripada merawat masalah kesihatan yang diakibatkan oleh penggunaan bahan-bahan berbahaya secara berlebihan.
  5. Simpan. Satu penyelesaian yang lebih kos efektif adalah dengan membuat produk sendiri daripada bahan-bahan asas yang mudah dan senang diperolehi.
See also
Sajian Menu Sihat