#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam

Usaha ke arah menjaga dan memastikan kesejahteraan alam sekitar perlu diteruskan terutama dalam situasi masa kini yang kian mencabar akibat serangan virus Covid-19. Ini penting untuk kesinambungan perjalanan kehidupan tidak terganggu di masa hadapan. Di saat arahan Perintah Kawalan Keselamatan oleh pihak kerajaan, GLAM Deko kongsikan tip dan panduan membentuk konsep kediaman mesra alam. 

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penggunaan perabot kitar semula antara usaha ke arah konsep mesra alam.

Panduan ke arah rumah mesra alam: 

  1. Matikan lampu apabila anda tidak berada di dalam bilik. Bukan sahaja menjimatkan bajet bulanan, malah dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran tenaga.
  2. Gunakan mentol jimat tenaga. Sebaiknya penggunaan mentol ini dipasang dibahagian anjung atau foyer yang lebih cenderung penggunaan jangka masa yang panjang.
  3. Jimat air. Berapa ramai di antara kita yang sering membiarkan paip air terbuka ketika memberus gigi? Elakkan perkara ini daripada berlaku bagi mengurangkan pembaziran air yang merugikan.
  4. Udara segar. Amalkan bukaan jendela bagi mengundang udara segar ke dalam kediaman. Elakkan penggunaan penyaman udara yang berterusan dan membawa akibat buruk untuk kesihatan. Malahan langkah ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
  5. Kitar semula. Kitar semula tin soda dan botol minuman sama ada daripada bahan plastik atau kaca. Langkah ini dapat memantau anda memulihara alam sekitar.
See also
GLAM Deko Libur - 4 Hotel Butik Asia Tercantik