Pemilihan Fabrik Cadar Penting Untuk Tidur Yang Sempurna - Glam Malaysia

Pemilihan Fabrik Cadar Penting Untuk Tidur Yang Sempurna

Antara kapas, buluh dan linen, Sunday Bedding kini membuat kemunculan di Malaysia dalam memberikan pilihan cadar lestari yang direka khas untuk tidur malam yang berkualiti.

Selain tilam, pemilihan cadar berkualiti juga memainkan peranan utama dalam memberikan tidur yang sempurna. Oleh itu, Sunday Bedding kini membuat kemunculan di Malaysia dalam menampilkan pilihan cadar daripada fabrik yang direka khas untuk tidur malam yang lebih nyenyak. Seleksi cadar lestari ini hadir dalam harga yang berpatutan, untuk sesiapa sahaja yang mahukan tidur yang serba mewah.

Sejak ramai yang terpaksa bekerja dari rumah, jenama dari Singapura ini hadir pada masa yang tepat dengan kebangkitan minat dalam dekorasi rumah sekarang. Kini, ramai memilih untuk melabur dalam pengubah suaian bilik tidur sebagai sebuah tempat istirahat yang selesa. Katil menjadi pilihan utama untuk mengisi masa lapang di atas cadar yang lembut untuk mendapatkan rasa ‘Sunday Feeling’ yang paling sempurna.

Berikut adalah pilihan fabrik pada rangkaian cadar buluh, linen dan juga kapas yang dapat memberikan keseimbangan terbaik antara keselesaan, ketahanan dan kelestarian alam sekitar:

See also
Roh Eropah Mewah Glamor Sunway Rymba Hills

Bamboo Sateen

Cadar buluh adalah seleksi yang paling mewah kerana kelembutan serta kehalusannya untuk kulit. Buluh sangat sesuai untuk yang ingin tidur lena kerana ia lembap dan lebih menyerap daripada kapas. Ia juga mudah dijaga dan boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh atau dijemur selepas digunakan. Teknologi eksklusifnya membuatkan cadar ini bebas daripada kedut, sambil mengekalkan tahap formaldehid yang minimum.

French Linen

Cadar linen Perancis ini pula sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia kental dan tahan lama, serta teksturnya akan menjadi lebih lembut dengan setiap cucian. Linen Sunday Bedding dicuci dengan udara untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut dan menggunakan lebih sedikit air berbanding dengan linen yang dicuci dengan batu. Linen Perancis berasal daripada tumbuhan rami yang sangat serba boleh.

100% Organic Cotton

Seleksi cadar yang menggunakan 100 peratus kapas organic ini pula bebas daripada bahan kimia dan disahkan oleh Piawaian Tekstil Organik Global (GOTS) untuk mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar. Ia dapat menahan cucian yang kerap dan sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang sensitif terhadap kimia, selain buat yang sering berasa kesejukan ketika tidur.

Bukan sahaja memberikan tidur yang nyenyak, Sunday Bedding juga komited dalam aspek kelestarian dan etika pada produk yang ditawarkan. Jenama ini percaya Bumi boleh bermanfaat daripada pengurangan penggunaan kapas dan poliester, selain mendorong kepelbagaian tekstil lain seperti penggunaan material buluh dan linen. Lantas, kilang mereka menerima sijil MADE IN GREEN oleh OEKO-TEX pada 2019.

See also
5 Aplikasi Meditasi Untuk Ketenangan Diri Sepanjang PKP

Rangkaian cadar ini boleh didapati secara dalam talian melalui laman rasmi Sunday Bedding, atau layari Instagram atau Facebook mereka.

Foto: Sunday Bedding

Baca lebih lanjut: 5 Warna Inspirasi Mediterranean Buat Kediaman Rumah