Palet - Kuasa Warna Untuk Kediaman - Glam Malaysia

Palet – Kuasa Warna Untuk Kediaman

Tidak hanya berfungsi sebagai pembangkit seri ruang dan objek, warna berkuasa memberi impak pada emosi kehidupan sejagat. Seiring perubahan zaman, teknologi warna kian berkembang menyajikan spektrum lebih meluas buat memenuhi tuntutan gaya hidup semasa. GLAM Deko menitipkan teknik dan langkah profesional bermain warna bagi mencapai dekorasi mahligai impian.

 

Tentukan Zon
Fikirkan tentang semua perkara di rumah yang memerlukan pembahagian ruang kerja, tidur, berehat dan makan. Ciptakan zon berasingan bagi setiap aktiviti. Simbahan ton berbeza di setiap zon membantu mencipta ilusi ruang lebih besar selain membangkitkan mood berlainan sebaik kaki melangkah masuk.

Cadangan Glam Deko – Untuk rasa damai romantis di kamar tamu, kamar beradu dan kamar kecil, pertimbangkan rona samar yakni rona hijau, biru, kelabu, kuning dan krim atau boleh cuba, barisan palet mewah bersadur serat emas, perak dan mutiara.

Rona Utama
Pastikan pilihan rona utama kediaman tidak terlalu bercanggah dari rona sekitar ruang lain. Ini bagi memastikan mata tidak terlalu letih lantas menjelma ilusi ruang besar. Mengadaptasi rona terlalu gelap atau terang di ruang kecil, membuatkan mata bekerja lebih banyak dan cepat letih.

See also
Selebriti Paling Popular di Instagram

Ingat- Apabila semua berasaskan rona semula jadi, ruang kelihatan harmoni. Jika semua tampil ketara dalam pilihan rona berbeza, ruang kelihatan sungguh kelam-kabut!

Helah Mata
Sama ada pilihan kertas dinding atau cat warna bertekstur, polos atau bercorak, ia berkuasa mencipta ilusi seni bina pada sisi setiap dinding ruang tanpa perlu membazir setiap inci pelan asal lantai. Tambahkan binaan panel pada dinding untuk extra touch. Selain mudah dan murah, kertas dinding dan cat lebih berkesan bagi yang mudah bosan.

Tip – Jika masih mahukan rona cat gelap di kediaman kecil, pastikan bahan cat dipilih berasaskan high-gloss dan lakuer. Kualiti cat kilat dan lakuer tidak membiaskan ilusi gelap malah ruang kelihatan lebih mewah.

Kesinambungan Visual
Pilihan rona, tekstur dan corak senada di setiap ruang kediaman berupaya menipu mata agar ruang lebih luas dari keadaan asal. Pilih hanya satu kumpulan warna bernada sederhana mahupun gelap di setiap dinding, pintu, kemasan dan siling bagi menghilangkan segala sempadan ruang.

See also
#StayHomeWithGD: Sajian Kek Pisang Karamel

Cuba ini!

  • Selaraskan pilihan kemasan lembut untuk aksesori kamar beradu termasuk langsir.
  • Pilih rona dari kumpulan palet sama buat mencipta perpaduan di setiap ruang .
  • Guna kemasan dapur atau whitewash pada lantai, dinding, siling dan kemasan lain untuk latar belakang kediaman seragam dan kemas.
  • Pastikan kemasan lantai sehingga dinding kamar kecil dan dapur adalah dari bahan sama.
  • Pilih kemasan lantai sama di setiap penyambungan ruang dan tidak ketinggalan, luar rumah.
  • Padankan rona langsir dan perabot bersama-sama warna dinding.

Cipta Garis Penglihatan
Kurangkan permainan keluk antara ruang dan tukar pintu kayu kepada kaca untuk sudut pandangan lebih meluas dan tidak terhalang. Buka jendela setiap pagi untuk penembusan cahaya optimum di kediaman. Cipta satu titik fokal menerusi dinding tumpu sebagai penghalang visual atau aturkan secara strategik binaan pemidang atau rak berukuran dempak.

Corak Dan Tekstur Menegak
Satu lagi eksploitasi dekorasi perlu dicatit bagi yang memiliki ruang terhad ialah think vertically. Corak, tekstur mahupun reka bentuk bergarisan menegak membantu ruang untuk kelihatan lebih luas dan bernyawa. Ini boleh bermula dengan pilihan kemasan lembut dalam corak garisan menegak dan kabinet dapur berpanel lurus menegak. Bina kabinet dapur melekap terus di permukaan siling untuk menaikkan ilusi siling.

See also
Cathay Pacific Memperkenalkan Airbus A350-1000 Pertama Mereka Di Hong Kong