Kediaman Brunei – Urban Tropika
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
Di atas sebidang tanah di kawasan kejiranan elit di Jerudong, Brunei terbina empat banglo persendirian termasuk rumah induk membentuk sebuah perkampungan keluarga. Banglo milik salah satu anak perempuannya dibina dalam simetri lurus, berdimensi terbuka dengan binaan panel-panel kaca telus untuk cahaya semulajadi menembusi masuk ke setiap ruang-ruang hidup yang ada. Pemilik tanpa ragu menggunakan khidmat konsultansi dan reka bentuk, Wan Zainal Abidin daripada firma, WaMa Designs.
“Sebelum ini, banglo berkeadaan lama dan telah banyak melalui proses pengubahsuaian dengan banyak sambungan ruang. Pemilik juga melakukan pengasingan ruang yang ada menjadikan setiap ruang kelihatan lebih kecil dan gelap."
Segala yang ada terpamer minimal dan praktikal berpadanan gaya hidup pemilik yang tinggal bersama tiga anak mereka. Dalam satu pelan lantai terbina ruang tamu, ruang sosial, ruang makan dan dapur di aras bawah. Kesemua ruang dibina tanpa sebarang dinding pemisah mencipta dimensi pandangan terus dan terbuka. Binaan pintu gelangsar kaca dan tetingkap bereka bentuk labuh memberi pandangan terus ke taman landskap, kolam renang dan kebun mini pemilik.
Berhadapan ruang tamu, Wan Zainal membina dapur yang menyatukan fungsi dapur kering dan basah. Kabinet dapur berpulau di tengah ruang berfungsi sebagai ruang memasak dan juga kaunter sarapan. Kabinet direka dalam sentuhan moden, polos dan putih licau.
“Ruang dapur dan binaan panel kaca bersebelahannya benar-benar memberi impak malar segar kepada keseluruhan banglo ini. Ianya menjadikan ruang lebih terbuka, terang dan moden sama sekali berbeza dengan keadaan asal banglo dan berpadanan gaya hidup moden keluarga ini.”
Ruang tamu ditata dalam gaya kontemporari minimal dengan sofa berbentuk L menjadi titik fokal ruang. Simbahan palet putih gading pada sisi-sisi dinding berbalas gantungan seni antaranya songket perkahwinan penghuni menyuntik elemen sentimental. Hamparan permaidani Parsi tenunan tangan membangkit seri ruang.
“Apabila segalanya selesai, saya menyerahkan kediaman ini seperti kanvas kosong. Pemilik membawa masuk sendiri perabot dan aksesori yang telah mereka miliki dan hanya melakukan beberapa padanan baru ketika berpindah.”
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

