Hotel Dengan Hospitaliti Terbaik - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Hotel Dengan Hospitaliti Terbaik

Tiada yang lebih bermakna mencipta bibit nostalgia bersama tersayang kala berdarmawisata. Abaikan jarak destinasi, jauh atau dekat, luar mahupun dalam bandar; yang utama adalah hospitaliti hotel dan resort yang bersifat mesra keluarga dan kanak-kanak buat menggamit satu lagi memori terindah.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Club Med Cherating

Semua di bawah satu bumbung, Club Med Resort menyajikan kembara alam mesra keluarga dengan pakej lengkap program dan aktiviti darmawisata impian untuk kanak-kanak dan dewasa tanpa perlu meninggalkan resort. Kemudahan dan Petit dan Mini Club Meds istimewa buat kanak-kanak dua hingga 11 tahun, manakala pakej the Club Med Baby Welcome memberi kemudahan menjaga bayi termasuk katil bayi, kereta bayi, pondok mainan dan bantuan ketika anda memerlukannya. Setiap pakej disempurnakan bebas aliran makanan dan minuman, seisi keluarga tidak sempat merasa bosan meneroka tanah resort seluas 197 ekar ini. Maklumat lanjut boleh layari laman web Club Med Cherating.

https://www.instagram.com/p/Bn0e1_GgOb9/