GLAM Deko Trend – Meja Multi-fungsi Neoliticco
Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : Chesters Collection
Rekaan unik menjadi teras kepada meja indah berbeza fungsi mengikut kesesuaian anda. Seleksi terkini daripada Chesters Colloection ini patut anda pertimbangkan.
Terkini Chesters Collection membawakan seleksi meja dari Itali di bawah jenama Reflex. Direka oleh Tulczinsky, meja yang dinamakan Neoliticco terlihat begitu eksklusif dengan menggunakan kaca murano yang dihasilkan dengan kualiti tertingggi. Hadir dalam beberapa kemasan berbeza yakni jernih, kaca hitam juga kemasan seakan kertas pasir ia direka dengan saiz berbeza yakni meja makan, meja konsol juga meja kopi.
Syarikat ini bermula sekitar tahun 1940 sebagai pengeluar produk kaca murano. Pada tahun 1980, syarikat ini terbahagi kepada dua dengan salah satunya mengkhususkan kepada rekaan perabot berasaskan kaca murano. Lebih menarik lagi, oleh kerana penghasilan dilakukan secara manual, dalam setahun mereka hanya dapt menghasilkan 50 unit produk. Proses rumit penghasilannnya yang memakan masa tiga hari hanya untuk menghangatkan bahan mentah di dalam ketuhar lalu dibentuk. Usai proses ini ia menuntut tiga hari lagi untuk proses penyejukkan. Ternyata ia tidak hanya sebuah perabot, ia bagaikan karya seni mewah yang turut menjadi lambang status pemiliknya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

