GLAM Deko Trend – Cetakan Ikonik Dolce & Gabbana buat SMEG
Memilih tema Sicily is my Love, kolaborasi antara jenama Dolce & Gabbana bersama peralatan elektrik terkenal SMEG membawakan seleksi perkakasan dapur yang ceria dengan balutan paten-paten rona terang untuk menghiasi kediaman anda. Jika tahun lalu menyaksikan jenama ini hadir dengan rekaan untuk peti sejuk, kini mereka membawakan pula produk lain yang turut dihiasi oleh cetakan signatur pentas peragaan yang sememangnya memikat pencinta fesyen dan dekorasi di seluruh pelusuk dunia.
Alat pembakar roti, pemerah jus sitrus, cerek elektrik, pengisar makan, pengadun juga pemerah jus secara perlahan (slow juicer) dihias indah dengan gabungan motif lemon kuning keemasan, buah-buahan sitrus, pir juga ceri merah yang merupakan dekorasi tipikal rakyat Sicily yang dibingkaikan dalam bingkai segi tiga yang dikenali sebagai crocchi. Lebih menarik lagi dengan motif flora yang diinspirasikan daripada pesisir pantai dan lanskap dari selatan Itali dan pemandangan indah Gunung Etna.
Sicily merupakan tempat asal kedua pereka buat jenama Dolce & Gabbana yakni Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Bagi Smeg pula, Itali merupakan lokasi penghasilan antara menu-menu terbaik dunia menjadikan jenama ini lebih rapat dan berkongsi persamaan dengan motif yang dipilih oleh kedua pereka Dolce & Gabbana ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

