Cadula Kini Tampil Dengan Set Kabinet Dapur Baharu - Glam Malaysia
Cadula Kini Tampil Dengan Set Kabinet Dapur Baharu

Cadula Kini Tampil Dengan Set Kabinet Dapur Baharu

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jenama kabinet modular, Cadula telah mengeluarkan shaker-style set kabinet dapur modular terbarunya yang direka sempurna untuk ruang tamu yang padat. Tersedia dalam tiga warna pastel yang menenangkan, koleksi ini merupakan sambutan terhadap alam semula jadi untuk kediaman di bandar.

Kediaman dengan ruang yang kecil menjadi kegilaan di kalangan milenium dan Gen Z yang tinggal di bandar. Mencari masa privasi dan ruang untuk diri sendiri pada masa ini terdapat trend kukuh buat pemilik rumah yang masih muda untuk berpindah dari rumah keluarga kepada rumah sendiri seperti kediaman jenis studio, sama ada berbilik atau tidak. Dengan kehadiran set keluaran terbaru Cadula ini, ia adalah pilihan tepat buat pemilik rumah yang ingin melengkapi ruangan di dalam rumah. Ia juga menggabungkan bahan kayu yang bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah dapat menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.