Sajian Gucci Osteria

Sajian Gucci Osteria

Wear Gucci, Eat Gucci. Gucci Osteria merupakan sebuah restoran yang mewah daripada rumah fesyen Gucci, dalam bertemakan konsep experiential museum-retail; berpusat di tengah-tengah kesibukan kota Florence, Italy. Chef Karime López (Chef de Cuisine di Gucci Osteria di Florence) kini berkongsi dua resipi mudah daripada menu restoran ini sendiri. Hidangan bernama Lucky Fennel merupakan sajian pasta linguine dengan krim sayur adas (fennel); dan Pollock juga menggunakan pasta buatan sendiri dengan filling lazat. Menarik tentang sajian Pollock ini kerana bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut cita rasa sendiri. Tentu sekali Chef Karime López memastikan resipi ini mudah untuk dicuba di rumah!

 

1. LUCKY FENNEL

Photo: Gucci Osteria

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (UNTUK DUA HIDANGAN):

Sayur Adas untuk Krim – 4

Hirisan Sayur Adas – 2

Udang 2

Sayur Adas Liar (Wild Fennel) – 200 g

Pistachio – 20

Lemon – 1

Minyak Lemon

Minyak Benih – 400 g

Minyak Zaitun Ekstra Virgin

Garam

Linguine (Pasta) – 100 g

 

PROSEDUR UNTUK KRIM (GRAVY)

Basuh dan potong sayur adas yang kasar, stimkan pada suhu 90ºC  selama 2 jam.

See also
10 Skarf Tercantik, Memberi Sensasi Gaya Lockdown!

Keluarkan sayur adas setelah direbus dan pukul dengan minyak zaitun ekstra virgin dan garam sehingga lembut.

Keluarkan minyak berlebihan dengan penapis chinois untuk mesh krim yang halus.

 

PROSEDUR UNTUK MINYAK WILD FENNEL

Pukul 400 g minyak biji dengan 200 g adas liar.

Kemudian panaskan minyak dalam periuk dengan suhu 80ºC.

Tapis minyak menggunakan sac à poche dan kemudiannya dengan penapis chinois untuk tekstur mesh lebih halus.

 

PROSEDUR UNTUK PISTACHIO

Bakar kacang pistachio dalam ketuhar pada suhu 190ºC selama 4 minit.

Lalu pukul pistachio menggunakan mikroplane.

 

PROSEDUR HIDANGAN

Masak pasta linguine dalam air dan larutan garam selama 5 minit.

Tuangkan linguine dan masukkan ke dalam kuali selama 3 minit, tambah krim adas dan minyak lemon untuk ekstra berkrim.

Tambah perisa adas yang mentah dan halus dengan minyak adas liar.

Tambah perisa pada udang dengan minyak zaitun ekstra virgin, kulit lemon yang dipotong kepada 6 keping.

 

PLATING

Taburkan pistachio yang diparut pada pinggan, dan letakkan pasta linguine di atas. Masukkan 6 ekor udang, serbuk pistachio lain dan adas halus. Hiaskan hidangan dengan daun adas liar.

See also
Cuba #Veganuary Bulan Ini

 

2. POLLOCK

Photo: Gucci Osteria

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (UNTUK DUA HIDANGAN):

Sos Tomato Datterino

Tomato Datterino Kuning – 100g

Minyak Zaitun Ekstra Virgin –  2 Sudu

Bawang Putih Dipotong Secara Kasar (Brunoise) – 5 g

Basil – 2 daun

Garam Halus

Panaskan minyak untuk menggoreng bawang putih dan daun basil, tambah tomato dan masak selama 20 minit, pukul dan tambah garam halus.

 

Sos Lada Merah

Lada Merah – 100g

Minyak Zaitun Ekstra Virgin –  2 Sudu

Bawang Putih Dipotong Secara Kasar (Brunoise) – 5 g

Daun Laurel – 1

Garam halus

Bakar lada merah tanpa biji selama 40 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah, kupas dan panggangnya dalam kuali dengan sedikit minyak, bawang putih dan daun laurel. Keluarkan daun laurel dan kacau lada sehingga menjadi sos, masukkan garam secukup rasa.

 

Sos Chard

Sayur Chard – 100g

Air

Garam Halus

Rebus sayur chard dengan teknik blanch selama 2 minit di dalam air masin dan sejuk, menggunakan air sejuk atau ais. Asingkan separuh untuk hidangan dan separuh lagi dipotong dan dicampur dengan air masak sehingga ia menjadi sos. Letakkan garam secukup rasa.

See also
7 Filem Menarik Bakal Menemui Anda Pada Mac 2024

 

Sos Bechamel

Susu – 250g

Tepung Jagung – 15g

Mentega- 25g

Macis – 2 g

Reneh susu bersama macis untuk mengeluarkan rasa. Secara berasingan, sediakan asas mentega dan tepung jagung, kemudian tuangkan susu tadi, dan pukul sehingga ia menjadi sos, juga letakkan sedikit garam secukup rasa.

 

Cakera Pasta

Tepung Gluten Free (atau tepung serbaguna) – 100g

Telur – 1

Campurkan tepung dengan telur dan biarkan berehat, sambil ditutup dengan cling wrap selama 30 minit. Tebarkan adunan kepada saiz ketebalan 1 milimeter, dan potong doh ke saiz yang dikehendaki, masak di dalam air masin selama 2 minit.

 

Inti

Keju Ricotta – 50 g

Potongan Sayur Chard – 50g

Minyak Zaitun Ekstra Virgin – 10g

Garam Halus

Kacau dalam mangkuk dan sajikan secara panas.

 

PLATING

Masukkan cakera pasta pada pinggan yang bersesuaian, tambah inti dan tutup dengan lapisan cakera pasta yang kedua. Akhirnya, tuang semua sos suam dengan cara yang artistik, gaya Jackson Pollock.