Weekend Getaway Bersama Anzalna Nasir, Bella Astillah Dan GUESS Kids
guess kids Malaysia

Weekend Getaway Bersama Anzalna Nasir, Bella Astillah Dan GUESS Kids

GLAM Junior menampilkan Anzalna Nasir dan Bella Astillah & Aliff Aziz bersama keluarga dalam menggayakan koleksi GUESS Kids terbaharu ketika weekend getaway mereka yang menyeronokan.

A day with GUESS Kids!. Hari ini, percutian hujung minggu kini menjadi trend kegemaran ramai di Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi buat seisi keluarga. Selebriti tempatan, Anzalna Nasir dan Bella Astillah bersama keluarga masing-masing tidak ketinggalan memulakan percutian weekend getaway mereka dengan penuh bergaya dalam koleksi GUESS Kids terbaharu.

GUESS Kids mempersembahkan koleksi pakaian dan aksesori buat kanak-kanak serta si cilik yang comel penuh bergaya untuk musim panas 2023. Dengan semangat playful musim ini, Anzalna Nasir, Hanif Zaki, Eidrees dan Emirhan, bersama Bella Astillah, Aliff Aziz, Ayden dan Ara melengkapkan kembara fesyen keluarga mereka dengan seleksi kemeja-t, gaun, kemeja, baju panas, jaket dan seluar denim yang terus menjadi rekaan ikonik label fesyen dari Amerika Syarikat itu.

See also
January Low Siva dan Anak Kembarnya

Koleksi GUESS Kids Untuk Musim Panas 2023

Sama ada ketika berjalan-jalan di sekitar kota atau menikmati keindahan alam semulajadi, koleksi GUESS Kids sangat sesuai untuk apa juga acara dan cuaca. Turutamanya dalam persekitaraan Kuala Lumpur yang panas dan lembab sepanjang tahun. Keselesaan seleksi pakaian kepada kanak-kanak dan juga si cilik menjadi keutamaan dalam setiap rekaan untuk bergaya sepanjang hari.

 

Buat the coolest kids in town, koleksi GUESS Kids sentiasa mengikut trend fesyen terkini. Dari rekaan baju hoodie, sweatpants, seluar pendek dan legging yang boleh digayakan buat kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Kepada desain ikonik yang menampilkan desain yang lebih menyeronokan seperti kemeja-t grafik, jaket denim dan seluar berlogo. Bukan sahaja bergaya, ia menjanjikan kualiti terbaik dan boleh dipakai untuk jangka masa yang lebih lama.

Koleksi GUESS Kids yang digayakan oleh keluarga Anzalna Nasir serta keluarga Bella Astillah dan Aliff Aziz ini boleh didapati di stor atas talian (https://www.guess.my/collections/kids). Atau kunjungi stor fizikal GUESS Kids di seluruh Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

 

See also
9 Trend Fesyen Sinonim Dengan Gen-Z

Baca lebih lanjut: Playful Summer Bersama GUESS Kids Untuk Kanak-Kanak Dan Si Cilik Bergaya

 

teks, penyelaras & penata gaya MUZAMMIN MUZLAN. arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM. gambar ERIC/ BLINK STUDIO. solekan TIAR ZAINAL (keluarga Anzalna Nasir) & AUS HAMDAN (keluarga Bella Astillah). dandanan RICHMOND (keluarga Bella Astillah). penata hijab YAYA IBRAHEM (Anzalna Nasir). lokasi M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR.