Elak Cas Telefon Waktu Malam, GLAM Kongsi Cara Gaya Hidup Hijau - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
gaya hidup hijau

Elak Cas Telefon Waktu Malam, GLAM Kongsi Cara Gaya Hidup Hijau

Kami tahu tidak mudah untuk mengubah tabiat lama ke tabiat yang baharu. Terutama sekali apabila bercakap tentang amalan gaya hidup hijau. Namun, belum cuba belum tahu, bukan? 

Era hari ini berbeza dengan era gaya hidup dahulu. Lebih moden malah segalanya bergerak pantas. Dengan teknologi terkini yang semakin canggih, pembangunan semakin pesat, untuk mengamalkan gaya hidup hijau bukan mudah. 

Namun tidak semestinya gaya hidup seperti ini harus diamalkan secara drastik. Ambil pendekatan untuk menyelami amalan ini sedikit demi sedikit. Anda juga harus sedar, yang kita amat diperlukan untuk menyelamatkan bumi buat generasi kita di masa hadapan. Ayuh, GLAM kongsikan 3 langkah terbaik untuk menikmati gaya hidup hijau ini.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Simpan lebihan makanan yang masih elok

Elakkan pembaziran. Makanan lebihan yang masih berkondisi baik, boleh disimpan di dalam peti sejuk beku untuk digunakan semula. Mana tahu melalui lebihan makanan ini, anda bisa mencipta sesuatu yang baharu. Bak kata Ollie Hunter, Chef juga Penulis buku ’30 Easy Ways To Join The Food Revolution’, “Anda boleh mengubah aquafaba(air chickpea) kepada vegan mayonnaise. Anda hanya perlu mencari cara kreatif untuk mencipta semula makanan lebihan ini.”

 

Pautan Berkaitan: 5 Jenama Fesyen Lokal Dengan Konsep ‘Sustainability’