Zaireen Iskandar Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu
Zairean Iskandar

Zaireen Iskandar Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu

Pemilik jenama KIN Jewellery, Zaireen Iskandar berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric yang sempurna untuk wanita dan ibu bekerjaya.

“I love that it is full electric – our contribution to a greener world!” Menurut Zaireen Iskandar, Volvo C40 Recharge Pure Electric yang merupakan SUV elektrik-sahaja ini sesuai untuk wanita dan ibu bekerjaya. Pemilik jenama KIN Jewellery itu berpeluang untuk memulakan peluncuran elektrik di sekitar kota dengan memandu uji kereta terbaharu daripada Volvo Car Malaysia.

 

Zaireen Iskandar

Ikuti temu bual bersama pemilik jenama KIN Jewellery, Zaireen Iskandar yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric:

Apakah ‘first impression’ anda mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric?

Saya merupakan peminat Volvo sejak kecil lagi. Kami sudah mempunyai XC90 di rumah dan teruja ia merupakan kenderaan hibrid. Tetapi, Volvo C40 Recharge Pure Electric ini elektrik sepenuhnya dan jarak perjalanannya juga mengagumkan. Saya mengukai desain kereta SUV ini, pemanduannya serta jarak perjalanan yang boleh dilalui dengan pengecasan penuh.

 

Gambarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam 3 perkataan?

Bergaya, city living dan lestari.

See also
Datin Nina Ismail Sabri Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

 

Dari segi desain luaran, apakah yang perkara pertama yang menarik perhatian anda?

Bukan sahaja desainnya yang kompak, tetapi ia cukup luas untuk untuk 2 orang anak, 3 buah basikal dan banyak lagi.

 

Bagaimana pula bahagian dalaman kereta? Apakah desain yang paling menarik perhatian anda?

Saya suka keseluruhan papan pemuka, mempunyai banyak informasi dan mudah untuk navigasi. Kereta ini mempunyai rekaan yang sleek dan clean, very scani – just how I like it!

 

volvo c40

 

Kongsikan pengalaman anda memandu Volvo C40 Recharge Pure Electric buat pertama kali?

Sangat mudah dan lancar untuk dipandu, senyap kerana ia berkuasa elektrik, begitu mudah dikawal dan pantas. Perfect for city living!

 

Apakah perbezaan memandu kereta elektrik berbanding kereta yang menggunakan enjin petrol?

Betapa senyapnya pemanduan adalah keutamaan. Saya sentiasa merasakan kereta elektrik lebih lancar dan ringan. Oleh kerana kuasa baterinya yang besar, saya tidak perlu untuk memastikan tahap petrol selepas seminggu kerana proses mengecasan yang sangat mudah. Saya akan mengecas setiap malam, dan keesokkan harinya saya tidak perlu lagi risau mengenai bateri. Saya merasakan ia lebih dipercayai dan lebih diharapkan.

See also
Peluncuran Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu

 

Pada pendapat anda, adakah Volvo C40 Recharge Pure Electric sesuai untuk wanita bekerjaya dan golongan ibu seperti anda?

100%.  Seperti yang saya katakan, saya tidak perlu risau mengenai kereta kerana sudah dicaskan semalaman. Untuk kehidupan bandar, ianya kecil dan kompak – mudah untuk dipandu ke mana sahaja. Sangat pantas, dan juga ia mempunyai ruang penyimpan yang luas untuk beg anak-anak, permainan, basikal dan macam-macam lagi.

Sistem bunyinya juga mengagumkan. Skrin navigasi dan papan pemuka mudah untuk digunakan. Segala infomasi mengenai kereta ini boleh didapati dengan mudah.

 

volvo Malaysia

 

Kongsikan pengalaman mengecas kereta elektrik ini di rumah?

Sangat mudah. Kami memasang soket kuasa di ruang parking apartment (pihak pengurusan turut menggalakkan penggunaan kereta elektrik!). Oleh kerana kami sudah mempunyai kereta Volvo, proses pengecasan semalaman di rumah menjadi perkara yang sangat mudah.

 

Pada pendapat anda, mengapa kereta elektrik merupakan masa hadapan sebenar dalam dunia automotif?

Sudah pasti. Dunia sedang bergerak ke kereta elektrik dan kelestarian alam secara umum. Syarikat automotif kini melabur ke dalam teknologi kenderaan elektrik. Ia membolehkan pembangunan bateri yang lebih berkuasa, jarak perjalanan lebih jauh, dan pengecasan yang berganda lebih pantas untuk bateri yang lebih efisien! Seperti Volvo!

See also
Istiadat Pertabalan: Permaisuri Camilla Beri Penghormatan Kepada Ratu

 

Secara keseluruhan, mengapakah Volvo C40 Recharge Pure Electric menjadi pilihan pertama dalam pemilihan kereta elektrik anda?

Ia adalah sebuah kereta yang sempurna untuk ibu dan kanak-kanak di bandar. I love that it is full electric – our contribution to a greener world!

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric juga merupakan kenderaan elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia. Buat yang berminat untuk mencuba kereta berkuasa elektik terbaharu ini boleh membuat tempahan pandu uji melalui platform e-dagang Volvo Car Malaysia. Nikmati baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan perlindungan insurans Volvo Car sehingga RM7,000 apabila anda daftar Volvo C40 Recharge Pure Electric atau mana-mana model kereta Volvo daripada 1 Mei sehingga 30 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG. 

*Tertakluk pada terma dan syarat

 

Foto: Aiman Yazid

Baca lebih lanjut: ‘Road Trip’ Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric