Serba Baharu, Serba Digital Golf R-Line
Serba Baharu, Serba Digital Golf R-Line

Serba Baharu, Serba Digital: Golf R-Line

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

VOLKSWAGEN GOLF R-LINE

Foto dari Volkswagen Malaysia

Rekaan dalaman, Golf R-Line mempamerkan reka bentuk dalaman berkualiti Volkswagen pada tahap terbaik. Terdapat lebih sedikit butang untuk dinavigasi pada papan pemuka. Pakej pencahayaan ambien menerangi bahagian dalam daripada pilihan 30 warna. Dari segi prestasi, Golf R-Line terdapat enjin pengecas turbo 1.4TSI yang dipadankan dengan anjakan automatik lapan kelajuan melalui transmisi wayar, menghasilkan 150PS dan tork 250 Nm. VPCM juga menjanjikan prestasi Golf R-Line baharu ini melangkaui jangkaan dalam memberikan keterajuan ketika pemanduan.

VOLKSWAGEN GOLF R-LINE

foto dari Volkswagen Malaysia

Ciri lanjutan dalam model ikonik ini, ia didatangi dengan sistem kawalan suara pintar, mudah diaktifkan dengan berkata “Hello Volkswagen” atau dengan menekan butang suara pada stereng. Melalui kawalan suara Golf R-Line anda boleh memilih antara stesen radio, tatal melalui buku alamat anda atau menukar haluan pada Sat-Nav anda. Ia bertindak balas kepada arahan suara seperti “Saya sejuk” dan ia akan mangawal suhu dengan sewajarnya dengan mengenal pasti suhu zon dalaman yang perlu dilaraskan.

See also
Fesyen Karpet Merah Paling Diingati Dalam Sejarah Anugerah Grammy