Use your ← → (arrow) keys to browse
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.
Generasi ke arah kemajuan, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan Valkswagen Golf R-Line baharu dan digital keseluruhan serta hadir dengan menampilkan desain yang lebih sporty, lebih dinamik, lebih intuitif dan lebih responsif berbanding sebelum ini. Golf R-Line serba baharu mewakili lonjakan teknikal terbesar dalam sejarah model.Model baharu Golf ini mengekalkan reka bentuk model ikonik yang terdahulu yang tidak ketinggalan zaman.
Foto dari Volkswagen Malaysia
Dengan memberi sentuhan R-Line, ia direka dengan tumpuan kepada kecekapan aerodinamik serta bampar berbentuk āCā di hadapan yang lebih rendah untuk pencapaian yang lebih reaktif. Penampakakan lebih sporty, ia lebih disempurnakan dengan rim aloi Valencia bersaiz 17 inci dihiasa berbentuk trapezoid pada sepasang paip ekzos krom.