Rimowa Dan Fotografi; Satu Tanda Buat Wanita - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Rimowa Dan Fotografi; Satu Tanda Buat Wanita

RIMOWA bersama-sama dengan empat jurugambar berbakat di seluruh dunia, meraikan wanita melalui fotografi

Bersama-sama dengan empat jurugambar berbakat di seluruh dunia, RIMOWA meraikan wanita melalui fotografi bersama anda, dan dengan mesra menjemput anda untuk merenung kembali kenangan perjalanan lampau dan berasa terinspirasi oleh dunia fotografi melalui lensa mereka.

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, kita sering terperangkap di tengah-tengah kesibukan, dan apabila ini berlaku, kita cenderung kehilangan hubungan antara satu sama lain dan diri kita sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya kita mengambil masa untuk berehat dan benar-benar memerhati perkara paling mudah di sekeliling kita. Dapat  belajar sesuatu tentang diri, orang di sekeliling dan juga objek harian yang lihat.

Mereka mendapat inspirasi melalui penerokaan tempat dan orang baharu. Menghargai fotografi visual yang jelas dan kaya serta menyelami diri anda di luar sempadan akan membawa pengalaman ke tahap baharu. Kekal kreatif dan penuh harapan seperti jurugambar berbakat ini yang telah mentakrifkan semula makna perjalanan mereka. Terokai karya menakjubkan daripada siri baharu #NewHorizons bersama Anouk Brouwer dan Leeroy Kim, dan 'The Homecoming' oleh Mees Peijnenburg.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

‘The Homecoming’ oleh Mees Peijnenburg

Mees Peijjnenburg ialah pengarah filem yang berpangkalan di Amsterdam. Dia mendokumentasikan gaya visualnya yang tersendiri dengan bereksperimen dengan pelbagai bentuk naratif, dan telah dicalonkan untuk beberapa filem pendek asalnya di Berlinale, Festival Filem Berlin. Bersama-sama dengan kerjasama baru-baru ini dengan RIMOWA, beliau menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk ‘The Homecoming’, yang menyatakan subjek wanita berada di jalan raya dan mengembara solo, dan tenggelam sepenuhnya dengan persekitarannya sambil merenung dan mengisi semula minda, badan dan semangatnya.

Filem pendek itu berakhir dengan dia berkata “Saya bersedia untuk apa yang akan datang”, menyampaikan semangat pemerkasaannya dan dimakan oleh nafsu berkelana. Dengan memerhatikan naratif, nampaknya kita dapat berhubung dengan wanita itu dan menyalurkan rasa pemerkasaan dalam diri kita, menikmati saat-saat sekarang dan menerima sebarang keraguan tentang ketidakpastian.