Refreshed Volvo XC60 Kini Di Malaysia

Refreshed Volvo XC60 Kini Di Malaysia

Selepas pengenalan dua model flagship Volvo, EX90 dan XC90 pada April lalu, Volvo Car Malaysia meraikan satu lagi pencapaian penting dengan memperkenalkan penyegaran untuk model paling popular mereka, XC60. Refreshed XC60 hadir dengan penambahbaikan baharu seperti gril hadapan yang sporty dan elegan, sistem suspensi udara Volvo, serta teknologi intuitif terkini.

XC60 bukan sahaja kegemaran global dengan hampir 2.7 juta unit terjual, malah turut menjadi pilihan kukuh bagi keluarga di Malaysia. Sejak diperkenalkan secara tempatan, lebih 6,200 unit telah dimiliki di seluruh negara—mengukuhkan reputasinya sebagai SUV pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan keselesaan, kualiti dan keyakinan pemanduan.

“XC60 kekal sebagai model paling popular kami di Malaysia, dan dengan alasan yang kukuh. Ia mewakili segala yang Volvo perjuangkan—rekaan elegan, keselamatan tanpa kompromi, serta fleksibiliti rangkaian kuasa. Sama ada pelanggan memilih plug-in hybrid atau mild hybrid XC60 adalah cara kami menawarkan pemanduan sofistikated dan lestari untuk setiap gaya hidup,” kata Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia. 

Model Popular Volvo

Refreshed Volvo XC60 bakal ditawarkan dalam dua varian elektrifikasi:

Kedua-dua varian memenuhi keperluan pemandu Malaysia masa kini, sama ada menempuh kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur atau menikmati percutian hujung minggu secara spontan, XC60 direka khas untuk gaya hidup elektrifikasi moden tanpa kompromi. Harga rasmi bagi kedua-dua varian Refreshed Volvo XC60 akan diumumkan kemudian.

See also
Amelia Henderson Sedang Dilamun Cinta?

Refreshed XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid menawarkan sehingga 89 kilometer pemanduan elektrik penuh (WLTP) – sesuai untuk perjalanan bebas emisi seperti ulang-alik kerja, menghantar anak ke sekolah, dan tugasan dalam bandar. Refreshed XC60 B5 Mild Hybrid pula memberikan solusi tanpa pengecasan dengan kecekapan lebih baik. Ia menggunakan tenaga brek semula untuk menyokong enjin petrol, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi.

Semua varian XC60 didatangkan dengan teknologi keselamatan pintar Volvo, termasuk adaptive cruise control, lane-keeping assist, dan collision avoidance. Digabungkan dengan struktur keselamatan badan kenderaan Volvo, XC60 terus memberikan perlindungan bertaraf dunia dan ketenangan minda kepada semua penumpang.

Rekaan Scandinavia, Lebih Sempurna

Rekaan XC60 mencerminkan falsafah reka bentuk Scandinavia Volvo — ringkas, yakin, dan berfungsi. Gril mesh diagonal baharu menyerlahkan lampu LED ikonik ‘Thor Hammer’, manakala lampu belakang gelap memberikan penampilan lebih garang. Rekaan rim baharu dan pilihan warna luaran terpilih – Forest Lake dan Bright Dusk – menyelaraskan XC60 dengan barisan elektrik moden Volvo, sambil mengekalkan gaya abadi.

See also
“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” - FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

Direka untuk Keselesaan

XC60

Walaupun keselamatan sudah sinonim dengan Volvo, masih ramai yang belum menyedari tahap keselesaan dan kemewahan yang ditawarkan jenama Sweden ini. Setiap permukaan direka dengan teliti, setiap tekstur dipilih dengan tujuan, dan perhatian terhadap perincian paling jelas dapat dirasai di dalam kabin refreshed XC60. Tempat duduknya, yang sering diiktiraf antara paling selesa dalam segmen, memberikan keseimbangan sokongan dan kelembutan—sama ada untuk perjalanan singkat atau pemanduan jarak jauh. Hasilnya, kabin ini menawarkan suasana tenang yang memberi keutamaan kepada keselesaan.

Menambah lagi keselesaan ialah sistem suspensi udara Volvo — ditawarkan secara percuma untuk varian plug-in hybrid bagi tempoh terhad. Dengan keupayaan menyerap hentakan jalan tidak rata, ia meningkatkan pengalaman pemanduan dan memastikan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan. Naiktaraf dalaman baharu juga mencerminkan pendekatan mesra pengguna Volvo. Pengecas tanpa wayar diposisikan semula untuk ergonomik lebih baik, pemegang cawan direka semula, dan ruang kargo lebih fleksibel memudahkan penggunaan harian.

Dan kerana kesejahteraan adalah sebahagian daripada rekaan Scandinavia, XC60 kini dilengkapi teknologi penulenan udara canggih yang menapis sehingga 95% partikel berbahaya, memastikan udara dalam kabin sentiasa bersih untuk anda dan keluarga.

See also
"Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional" - Siti Safiyah

Pemanduan Lebih Pintar

XC60

Teknologi dalam refreshed XC60 direka untuk mudah digunakan dan praktikal. Terletak di tengah papan pemuka ialah paparan bebas 11.2 inci baharu, dengan Google built-in, memberikan akses mudah kepada navigasi Google Maps, arahan suara melalui Google Assistant, serta pelbagai aplikasi popular termasuk Spotify dan Waze. Bagi mereka yang mengutamakan audio premium, sistem bunyi Bowers & Wilkins High Fidelity menawarkan pengalaman setaraf konsert—menjadikan pemanduan harian lebih mengasyikkan.

Penyegaran terbaru ini menjadikan Volvo XC60 kekal sebagai SUV premium bersaiz sederhana paling lengkap — menggabungkan elektrifikasi, keselamatan, keselesaan dan teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai refreshed Volvo XC60 atau rangkaian kenderaan elektrifikasi Volvo Car Malaysia, layari https://www.volvocars.com/my/cars/xc60-hybrid/  atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

 

Artikel berkaitan: Volvo Padel Open 2025 Kembali Dengan Lebih Gaya, Format Baru & Klinik PERCUMA

Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

Penulis