Recap GBC Love Wellness: 6 Acara Self-Care Demi Kesejahteraan
recap GBC Love Wellness

Recap GBC Love Wellness: 6 Acara Self-Care Eksklusif Untuk Jiwa dan Raga

Dalam dunia yang kian pantas dan penuh tekanan, menjaga keseimbangan antara minda, tubuh dan emosi bukan lagi satu pilihan, malah ia satu keperluan. Melalui siri acara eksklusif yang dirangkum dalam recap GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club menampilkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan elemen relaksasi, kecantikan dan kesejahteraan dalaman bagi wanita masa kini.

Sepanjang enam siri acara ini, GBC Love Wellness membawa para peserta menyelami pelbagai bentuk rawatan dan aktiviti kesejahteraan daripada terapi bunyi, mandi onsen, senaman air, hingga pengalaman ice bath. Setiap sesi bukan sahaja menawarkan relaksasi, tetapi juga peluang untuk menyambung semula hubungan dengan diri sendiri dan komuniti wanita lain.

Mari kita imbas semula keenam-enam acara tersebut dalam recap GBC Love Wellness, yang menjadi bukti bahawa kesihatan sebenar bermula daripada kesejahteraan dalaman.

1. Sound Bath Therapy di SAGES KL

Siri GBC Love Wellness dimulakan dengan penuh ketenangan di SAGES KL, di mana para peserta menikmati pengalaman Sound Bath Therapy yang diketuai oleh constructor Sheriza Fazleen. Dalam suasana tenang dan aromatik, bunyi crystal singing bowls, gong dan chimes bergetar lembut, membantu melepaskan ketegangan serta membawa ketenangan minda.

Sesi ini bukan sekadar relaksasi malah ia menjadi ruang refleksi diri, membantu peserta menyelaraskan tenaga dalaman dan mendapatkan semula keseimbangan yang sering terganggu dalam rutin harian.

See also
Kenali 5 Kerabat Diraja Paling Kaya Di Dunia

2. Recap GBC Love Wellness: Mandi Onsen & Self-Care Mewah di Urban Retreat Onsen Spa

Acara kedua berlangsung di Urban Retreat Onsen Spa, Sunway 163 Mall, menampilkan pengalaman spa Jepun yang mewah. Para peserta dimanjakan dengan empat rawatan utama: rendaman air panas mineral (onsen), urutan badan menyeluruh, refleksologi kaki, dan body scrub lembut.

Selain itu, jenama Paloma turut memperkenalkan sesi aktivasi Gua Sha, di mana peserta diajar teknik face sculpting bagi memperbaiki peredaran darah dan menegangkan wajah secara semula jadi. Sesi ini diakhiri dengan minuman ringan serta door gift eksklusif termasuk tumbler GBC x Montigo dan produk penjagaan kulit.

3. Sesi Manicure di POSH Nail Spa

Tiada yang lebih menyenangkan daripada meluangkan masa memanjakan diri. Di POSH Nail Spa, Bukit Tunku, ahli GBC diberi peluang menikmati sesi DIY buffing dan Press-on nails eksklusif yang menyerlahkan keanggunan feminin.

Suasana salon yang elegan menambah rasa relaks dan mewah. Sambil menikmati dan mempelajari sesi rawatan kuku profesional, para peserta juga saling bertukar cerita dan menikmati sesi ringan bersama rakan komuniti GBC. Ia benar-benar menjadi satu sesi yang penuh ketenangan dan kegembiraan.

4. Recap GBC Love Wellness: Sesi Dandan Rambut Glamor di COCOdry Bangsar

Acara keempat membawa ahli GBC ke COCOdry Bangsar, sebuah blow-dry bar terkenal yang menawarkan sentuhan gaya rambut premium. Di sini, setiap peserta diraikan dengan sesi dandanan peribadi oleh pakar rambut COCOdry menjadikan mereka tampil glamor dan yakin dengan gaya baharu.

See also
Pilihan Editor GBC : Pemerah Pipi 3 Warna Naikkan Seri Wajah

Selain memperbaharui penampilan, sesi ini juga menjadi simbol keyakinan diri: apabila anda berasa cantik di luar, ia mencerminkan kesejahteraan dari dalam.

5. Aqua Fitness di Sunway Resort

Siri kelima mengetengahkan aktiviti yang lebih aktif dan menyeronokkan, aqua fitness di kolam renang mewah Sunway Resort. Dalam suasana santai tetapi bertenaga, peserta melakukan senaman air berpandu oleh jurulatih profesional, Nico Dennis.

Latihan ini menggabungkan kecergasan dan terapi air, memberi manfaat kepada sendi dan otot tanpa tekanan fizikal berlebihan. Tawa dan semangat komuniti jelas terasa, menjadikan aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga menyatukan.

6. Recap GBC Love Wellness: Pengalaman Ice Bath & Terapi Sauna di Rise & Plunge

Sebagai penutup kepada siri ini, GBC Love Wellness membawa para peserta ke Rise & Plunge, Bangsar Village II pusat terapi sejuk moden yang menawarkan pengalaman ice bath dan infrared sauna.

Meskipun mencabar pada awalnya, terapi sejuk ini memberi manfaat besar kepada tubuh seperti meningkatkan peredaran darah, mengurangkan stres dan mempercepatkan pemulihan otot. Sesi sauna pula melengkapkan pengalaman dengan kehangatan menenangkan, menjadikan acara ini simbol keseimbangan antara kekuatan dan ketenangan.

See also
“Saya Berasa Jijik” - Bebe Rexha Berkongsi Pergelutan Perit Dengan Imej Tubuh

Recap GBC Love Wellness: Menemukan diri dalam setiap detik

Secara keseluruhannya, recap GBC Love Wellness ini membuktikan bahawa penjagaan diri bukan sekadar tentang kecantikan luaran, tetapi juga kesejahteraan dalaman. Dari meditasi hinggalah ke terapi sejuk, setiap acara memberi peluang kepada wanita untuk memperlahankan langkah, menghargai tubuh sendiri, dan membina semula hubungan dengan minda serta komuniti.

GLAM melalui GBC Love Wellness berjaya mencipta platform yang bukan sahaja eksklusif dan elegan, tetapi juga bermakna, meraikan wanita dalam semua dimensi dirinya: kuat, lembut, dan penuh kasih terhadap diri sendiri.

Terima kasih & peluang untuk anda sertai

GLAM ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua GLAM Beauty Club yang yang telah menyertai GBC Love Wellness untuk keenam-enam acara ini. Tenaga positif, keterbukaan dan sokongan anda menjadikan setiap sesi lebih bermakna dan berinspirasi.

Untuk anda yang belum menjadi sebahagian daripada komuniti ini, inilah masa terbaik untuk sertai GLAM Beauty Club! Nikmati akses eksklusif ke acara kecantikan, gaya hidup, wellness dan pelbagai aktiviti yang direka khas untuk wanita masa kini sepertimu.

Daftar sekarang dan alami sendiri keindahan menjadi sebahagian daripada komuniti GLAM yang menginspirasi.

Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 6 Lokasi Rejuvenasi & Holistik Pilihan GLAM

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.