Priyanka Chopra Jonas Diarah Keluar Dari Salun - Glam Malaysia
Priyanka Chopra Jonas Dihalau Keluar Dari Salun Di London

Priyanka Chopra Jonas Diarah Keluar Dari Salun

Hampir dua bulan Priyanka Chopra berada di London untuk penggambaran filem terbaharunya, Text For You. Dia bukan sahaja ditemani suami, Joe Jonas, malah juga ibu, Madhu Chopra dan anjing kesayangannya, Diana.

Namun malang menimpa Rabu lalu ketika Priyanka sedang mendapatkan rawatan rambut di salun pendandan rambut selebriti, Josh Wood, premis tersebut diserbu pihak polis setelah mendapat aduan mengenai pelanggaran sekatan pergerakan.

Dua pegawai polis tiba menaiki kereta dan kelihatan memberi arahan kepada pelanggan untuk keluar dari salun. Priyanka ditemani ibu dan anjing peliharaannya ketika itu.

Foto: Nash/Backgrid

United Kingdom kini sedang menjalankan sekatan pergerakan disebabkan penyebaran varian baharu coronavirus yang dilaporkan lebih berbahaya.

Penduduk tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti luar buat sementara waktu dan denda RM50,000 akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perintah ini.

Begitu juga dengan bisnes, salun dan spa merupakan antara perniagaan yang diberi arahan untuk menghentikan perkhidmatan kerana ia tergolong dalam kategori servis penjagaan diri.

See also
Retorik: Anak Rosak, Keluarga Merana

Priyanka terlepas daripada denda setelah menunjukkan dokumen kebenaran yang sah untuk dia mendapatkan khidmat mewarnakan rambut bagi menjayakan filem terbarunya. Salun tersebut dibuka secara khusus untuk produksi dan mereka yang terlibat telah membuat ujian saringan dan mematuhi peraturan produksi filem.

Namun berlawanan pula nasib pemilik salun. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan tiada notis dikeluarkan, namun menurut Hindustan Times, salun tersebut dikenakan denda kerana melanggar protokol yang ditetapkan.

Foto: Nash/Backgird

Priyanka kemudian mengeluarkan satu kenyataan melalui wakilnya, “Seperti yang anda tahu, produksi TV dan filem dibenarkan beroperasi di UK, kunjungan sebelum penggambaran juga dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa. Dia mempunyai kertas kerja yang sah daripada polis untuk berada di sana,” ujar wakil tersebut.

Foto: Reuters/File photo/Danny Moloshok

Baca: Covid-19 Berleluasa, Anugerah Grammy Ke-63 Ditunda