Priyanka Chopra Jonas Dedah Detik Pedih Menjadi Mangsa Buli - Glam Malaysia

Priyanka Chopra Jonas Dedah Detik Pedih Menjadi Mangsa Buli

Dua hari lalu, Priyanka memuat naik satu video yang memaparkan keterujaannya melihat dan menyentuh buku biografi pertamanya, Unfinished di Instagram.

Dan semalam, satu pendedahan perit yang terkandung di dalam buku tersebut menjadi tular. Priyanka menceritakan secara terperinci perasaan menjadi mangsa buli sewaktu bergelar pelajar di sebuah sekolah tinggi di Amerika pada usia 15 tahun.

Hakikatnya, walaupun mendapat sokongan serta kasih sayang yang tidak terhingga dalam hidup dan kerjayanya di Amerika Syarikat, kehadirannya tidak dialu-alukan sewaktu bergelar remaja.

Penderitaan yang dialaminya terlalu teruk, sehingga dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke tanah kelahirannya, India bagi menghabiskan sesi persekolahan.

“Saya menganggapnya serangan peribadi. Jauh di sudut hati, saya berasa sangat sedih,” jelas bintang Citadel ini. Priyanka menambah, dia mula cuba sembunyikan diri agar tidak dilihat oleh sesiapa.

“Keyakinan saya merudum. Saya sering menganggap diri sebagai gadis berkeyakinan tinggi, namun saya mula tidak yakin di mana saya berdiri, siapa diri saya waktu itu.”

Isteri kepada Joe Jonas ini mula mencipta nama di Hollywood setelah memegang watak utama dalam siri Quantico pada 2015.

See also
Retorik: Rahsia Muda Dengan Teknologi Terkini- oleh Heidi Nazaruddin

Dia berhijrah dari India ke Amerika Syarikat dan tinggal bersama saudaranya pada usia 12 tahun. Selama tiga tahun, mereka berpindah dari satu bandar ke satu bandar bermula di New York, Indianapolis, Newton dan akhirnya menetap di Massachusetts, di mana keadaan mula menjadi buruk.

Dalam Unfinished, Priyanka menjelaskan pelajar perempuan lain menghina dirinya dengan menjerit “Si Coklat, kembali ke negara kamu!” dan “Pergi balik kepada gajah yang kamu naiki semasa datang ke sini!” sewaktu dia berjalan turun dari tangga.

Dia cuba mengabaikan kesemua kaki buli dan mendapatkan perlindungan daripada rakan-rakan baiknya. Malah, dia juga berjumpa kaunselor bimbingan untuk mendapatkan bantuan, namun tidak berhasil.

Priyanka Chopra Photoshopped Herself Into the Awkward Nick Jonas Photo With Joe  Jonas and Sophie Turner | Teen Vogue
Foto: Rindoff/Charriau

“Sejujurnya, saya tidak menyalahkan bandar tersebut. Saya rasa gadis-gadis yang baru meningkat remaja itu hanya mahu menyakitkan hati saya. Pada usia sekarang, saya boleh faham bahawa kemungkinan sikap mereka berpunca daripada rasa tidak yakin diri. Tetapi pada waktu itu, saya menganggapnya serangan peribadi.”

Selepas membuat satu panggilan telefon kepada ibu bapanya, dia kembali ke India dan mula meraih kembali keyakinan yang hilang. Tidak lagi cuba menyembunyikan diri, dia memilih untuk menonjolkan diri dan tampil berbeza.

See also
Bentuk Gaya Peribadi Dengan Samsung Galaxy Z Flip4

Dengan tahap keyakinan baru, Priyanka memenangi Miss World 2000 dan mula mendominasi Bollywood, sebelum melebarkan sayap ke Hollywood. Sejak 2015, dia telah membintangi pelbagai filem hebat antaranya Baywatch, Isn’t It Romantic, We Can Be Heroes, dan terbaru Citadel yang kini masih dalam penggambaran selama setahun di London.

Foto: Timesofindia.indiatimes.

Baca: Priyanka Chopra Jonas Diarah Keluar Dari Salun Di London