Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu

Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dekati Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION

1. Luaran  

Dengan reka bentuk luaran dan garis badan tersendiri, Arteon baharu tampil berani. Garis badan yang beralun pada keseluruhan kereta, memberikannya penampilan cukup dinamik dan mantap.

Dilengkapi sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu hadapan juga dipasang dengan ciri Dynamic Cornering Lights. Lampu belakang LED 3D hadir bersama lampu isyarat membelok secara berturutan. Arteon juga dilengkapi ciri All Weather Light untuk memberikan iluminasi lebih luas bagi meningkatkan pandangan ketika cuaca buruk dan cahaya kelam.

2. Dalaman

Rekaan luaran Arteon yang bergaya dipadankan bersama ruang dalaman yang cukup menawan. Tempat duduk ErgoComfort dibalut dengan sempurna oleh kulit Nappa Carbon. Pemandu turut ditawarkan dengan pilihan 14 larasan dan fungsi urutan untuk memberi lebih keselesaan ketika memandu.

Sistem bunyi premium Harman Kardon hadir bersama 12 unit pembesar suara. Ia menawarkan kualliti akustik terbaik dalam empat mode – Pure, Chill Out, Live dan Energy. Suasana mewah ruang kabin ditingkatkan dengan lampu ambien bersama pilihan 30 warna yang boleh dilaras kepadatannya.

See also
GLAM Profil: Shukri Shari, Pengarah Kreatif Locka

3. Pengalaman Pemanduan yang Personal

Pemandu boleh mengubah suai pemanduan mereka melalui ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dengan 15 pilihan peningkatan dan lima mode pemanduan berbeza – Eco, Comfort, Normal, Sport and Individual.

4. Ketersambungan  

Ciri digital pada Arteon tampil sempurna dengan ruang dalamannya yang mewah. Di belakang stereng, terdapat paparan Digital Cockpit bersaiz 11.7” yang memaparkan maklumat penting apabila diperlukan. Pemandu boleh mengakses maklumat pemanduan menerusi enam pilihan skrin dan lebih 30 gabungan, ini termasuklah navigasi 2D dan 3D serta paparan peta penuh 100%.

Sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci hadir bersama kawalan suara dan gestur. Ia juga menyokong ketersambungan App-Connect dengan Apple Car Play dan Android Auto tanpa wayar. Skrin sentuh itu juga menawarkan ciri pandangan terpisah yang boleh diubah suai.

Fungsi-fungsi utama boleh diakses dengan mudah oleh pemandu. Aspek ketersambungan tersebut ditambah baik menerusi butang sentuhan haptik pada stereng yang memberi maklum balas tepat. Sistem pendingin hawa ‘Climatronic’ 3 zon baharu juga boleh dikawal menerusi sentuhan pada panel kawalan.

5. Keselamatan

Aspek keselamatan tidak pernah diambil ringan oleh jenama kenderaan yang hebat ini. Ini antara alasan Arteon dilengkapi rangkaian bantuan pemandu untuk melindungi penumpang termasuklah ciri Lane Assist, Side Assist dan Driver Alert system bagi memastikan setiap perjalanan kekal selamat.

See also
Raikan Tahun Baharu Cina Dengan MINI Countryman SE

Ciri Rear Cross Traffic Alert memberi amaran objek yang mendekat dalam sudut 180 darjah, pada jarak sehingga 50 meter dengan kelajuan mencecah 12km/j ketika kereta diundur.

Sistem  360° Area View Arteon menggunakan empat unit kamera yang diletakkan secara strategik untuk memberikan pandangan 360°. Ini membolehkan pemandu melihat kawasan keliling untuk memudahkan urusan memarkir kenderaan. Paparan Discover Pro juga boleh diubah suai sama ada pandangan penuh atau terpisah.

Ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia lain yang ada pada Arteon baharu termasuklah Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua. Intelligent Crash Response System (ICRS) pula mengambil langkah awal ketika kemalangan dengan menyekat saluran bahan api, membuka pintu dan menyalakan lampu amaran. Manakala Electronic Different Lock (XDS) menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.

Ciri keselamatan standard pada Arteon baharu ialah seperti Electronic Stability Control (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS), Brake Assist (BA) dan Active Bonnet untuk melindungi pejalan kaki. Sistem Pemantauan Tekanan Tayar berperanan memantau tekanan setiap tayar, sementara ciri Manoeuvre Braking akan menekan brek secara automatik apabila ia mengesan objek pada kelajuan sehingga 10km/j.

See also
7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta

6. Ruang dan Kemudahan

Sebagai sebuah jentera fastback, Arteon baharu menetapkan standard apabila berbicara tentang ruang. Ketika tingkap tanpa bingkai memberi gayaan tipikal sebuah grand tourer, pintu belakang dengan engsel di bahagian atas membolehkan bukaan optimum kepada ruang but yang luas. Bukaan pintu yang luas itu menawarkan ruang mencecah 563 liter, terbaik dalam kelasnya. Sebagai tambahan, ciri Easy Open and Easy Close membolehkan but dibuka tanpa sentuhan tangan dan but ditutup lebih perlahan. Ini membolehkan pemandu untuk mengeluarkan barangan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan lebih mudah.

7. Warna  

Arteon baharu hadir dalam tiga pilihan warna metalik iaitu kelabu (Manganese Grey), biru (Lapiz Blue) dan perak (Pyrite Silver); serta dua warna mutiara; hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).