Buah Peach Donut, Viral Gara-Gara TikTok
Buah Peach Donut

Peach Donut, Apa Yang Menarik Tentang Buah Viral Ini?

Sudahkah anda mencuba buah peach donut yang menjadi viral di kalangan rakyat Malaysia ini? Jika belum, ini apa yang anda perlu tahu tentang buah ini.

Ini semua gara-gara TikTok, masakan tidak, keluarga saya di rumah pun tidak terlepas daripada terkena demam buah peach donut yang viral ini. Terus hati terdetik, dari manakah asalnya buah peach berbentuk lain daripada yang lain ini? Comel kerana namanya diambil berdasarkan rupanya yang seakan buah donat kerana bentuknya yang leper.

Namun tahukah anda, nama lain yang digelar kepada buah ini ialah saturn peach? Ini kerana bentuknya yang hampir seperti rupa cincin bulatan planet Zuhal.

Apakah perbezaan buah peach donut ini dengan pic yang lain?

Banyak lagi sebenarnya gelaran kepada buah ini dan ada yang memanggilnya sebagai flat peach juga. Namun, istilah peach donut lebih popular di kalangan rakyat Malaysia.

Selain rupanya yang unik, ia juga lebih manis dan berjus berbanding pic biasa. Bukan itu sahaja, kadar asid yang terkandung di dalam buah viral ini juga lebih rendah berbanding pic kuning.

See also
Protein Shake yang “Menggoncang” Industri Makanan Tambahan

Pohon peach donut ini mula dijumpai di China. Dahulunya ia dipanggil sebagai pic pan tao dan tidak popular sehinggalah tahun 1980an apabila buah ini diimport ke Amerika Syarikat.

Buah Peach Donut

Buah peach donut ini memiliki saiz yang sederhana berukuran 3 hingga 3.5 inci, sama besar dengan saiz telapak tangan. Ia juga sejenis buah pic yang boleh dimakan begitu sahaja bersama kulit, dan sama seperti buah pic yang lain, peach donut ini juga boleh dihidang sebagai hidangan ringan, ditambah di dalam salad buah, dijadikan pai, tart, kek, muffin atau dimasukkan ke dalam kuah salsa anda!

Manfaat buah peach donut untuk kesihatan

Seperti buah-buahan yang lain, buah ini juga tidak ketinggalan memiliki manfaat baik untuk kesihatan. Ini antaranya:

  1. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kolon dan mampyu menyah radikal bebas dalam tubuh.
  2. Kesihatan kulit wajah yang lebih baik dengan mengurangkan penampilan garis dan kedutan halus serta memulih tekstur kulit.
  3. Fiber, potassium juga choline yang terkandung di dalam buah peach donut ini mampu meningkatkan kesihatan jantung, kadar gula dan tekanan darah yang seimbang.
  4. Sesuai untuk diet yang sihat bagi yang inginkan berat badan ideal.
  5. Menguatkan tulang tubuh badan.
  6. Mampu mengurangkan stress.
  7. Mengurangkan masalah rambut gugur.
  8. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
See also
Rahsia Kejelitaan Lima Aktres Korea Popular

Namun, harus diingat juga, ada kesan sampingan yang harus diberi perhatian jika anda memakan buah ini secara berlebihan. Ia boleh mengakibatkan sembelit jika anda tidak mengamalkan minum air yang cukup.

Selain itu, walaupun ia memiliki kandungan gula semula jadi, ia tetap tidak sesuai jika diambil di dalam kuantiti yang banyak oleh mereka yang menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes.

Hati-hati buat anda yang punya alahan, buah peach donut ini juga tidak lari daripada kemungkinan untuk anda mengalami reaksi alahan.