Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan - Glam Malaysia
Model Welfare 01, Opening- GettyImages-55395267

Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bagi kebanyakan individu, perincian kehidupan seorang model itu nampaknya begitu ideal lagi extravagant. Mengembara ke segenap kota fesyen dunia, memakai pakaian berjenama, sambil menjana pendapatan yang lumayan. Namun, sisi gaya hidup realitinya sama sekali berbeza dari apa yang dikhabarkan itu. Ini kan lagi berdampingan rasa glamor bak selebriti.

Foto : GETTYIMAGES

Terdapat banyak perkara yang berlaku bilamana kamera terhenti berkelip merakamkan visual editorial yang mungkin bakal mengejutkan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui selok-belok dunia peragaan fesyen. Baik untuk lapangan tempatan mahupun global. Mungkin tidak semua maklum mengenai model welfare atau kebajikan seorang bergelar model. Ogos lalu sedang pementasan minggu KLFW berlangsung pada hari keduanya, Alicia Amin tampil mendemonstrasi dalam mempertahankan hak peragawan serta peragawati supaya dibayar ‘on-time’. Wanita ini bukanlah calang-calang model dalam mewarnakan laman fesyen tempatan; seiring Gwen Lu, Atikah Karim dan Vanizha Vasanthanathan dalam menciptakan nama di pentas fesyen antarabangsa. Malah dijulang sebagai salah seorang supermodel juga ikon buat referensi gadis tempatan dalam merencanakan langkah dalam bergelar model.

See also
GLAM It-Girl: Baity Rmeli

Model Welfare 08, Alicia Amin - GLAM

Sejak penglibatannya dalam program realiti peragaan, Asia’s Next Top Model (AsNTM) buat musim kelima; Alicia adalah antara model tempatan yang sukses. Secara tidak langsung, menjadi pilihan buat pereka fesyen serta jenama terkemuka di Malaysia. Menghormati juga tidak mengganggu rencana pentas fesyen yang sedang berlangsung, dari laman pancutan air di hadapan Pavillion KL; Alicia berjalan perlahan membelakangi pintu masuk utama dengan begitu damai memegang placard. Tanpa terpekik terlolong. Demonstrasi ini memperlihat kata-kata asal pihak penganjur sendiri yang berbunyi “all models this year to be paid within the day”. Peranan Alicia menggalas kewajipannya, hanya untuk memaklumkan mesej ini kepada umum agar semua model yang bakal menghiasi pentas minggu KLFW maklum akan isu ini.

Model Welfare 07, Alicia Amin - www.flyfm.audio

Foto : www.flyfm.audio

Walau bagaimanapun, ekoran daripada protesnya, ia tidak melepaskan Alicia untuk menyumbangkan energi serta sokongan lantas beraksi di pentas buat empat pereka terkemuka Malaya. Yakni Afiq M. Syomirizwa, Rizman Ruzaini dan Alia Bastamam. Alicia hanya mengambil inisiatif untuk menyatakan kesulitan ini, di samping melaksanakan kewajipan dalam mewarnai slot buat empat pereka ini dengan sepenuh keikhlasan hati. Perlu diingatkan rencana ini dikarangkan hanya semata untuk menyuarakan hak yang perlu dipertahankan, tidak sekali membiaskan sisi negatif. Jauh sekali menuding jari kepada mana-mana pihak demi memelihara keharmonian lapangan fesyen tempatan agar terus malar hijau.

See also
#ApaSiapaDiMana: Win Metawin Terbang ke Kuala Lumpur Untuk Prada Beauty!