Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan - Glam Malaysia
Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 01

Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM membariskan 3 risalah mewah atau buku meja kopi terbaru yang diterbitkan oleh Assouline bersama Audemars Piguet, Louis Vuitton dan Tiffany & Co. Melayangkan warisan dalam menjunjung wawasan juga kearifan teknik artistik para artisan serta perekanya; ayuh selidik 3 naskah terbaru ini!

Foto : Assouline; Audemars Piguet, Louis Vuitton, Tiffany & Co.

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 02

 

Tiffany & Co. Vision and Virtuosity (Icon Edition)

Membuka butik pertamanya pada 1837 di New York City yang terjerumus menjual barangan mewah diimport dari Paris; Charles Lewis Tiffany tidak bisa terbayangkan namanya bakal masyhur di segenap penjuru dunia. Berganti misi daripada membekalkan barangan hadiah dalam kesederhanaan, saat ini Tiffany & Co. melapangkan rasa kemewahan juga menjulang sensasi percintaan dengan himpunan karya yang dihiasi batu permata nan agung lagi jarang ditemui. Bersentuh sama gabungan tradisi serta kemodenan yang tiada tandingan. Tiffany adalah nama yang bergema merentasi generasi dan budaya, sebahagian daripada jalinan sejarah sosial serta budaya, institusi emporium eskapisme juga merupakan repositori impian.

See also
Buku Fashion Eye Meraikan Kembara Louis Vuitton

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 03

Sepanjang 185 tahun penubuhannya, Tiffany & Co. terus malar secara kreatif, menaungkan pengaruh seni dan budaya lantas menemukan cara unik buat memperbaharui limpahan warisannya. Sejak tahun 1950-an, Tiffany telah membawakan barisan perekanya yang ikonik; daripada Jean Schlumberger kepada Elsa Peretti dan Paloma Picasso. Secara tidak langsung, memastikan Tiffany kekal dinamik dan relevan kepada setiap generasi; dipacu dengan konstruksi rekaan signatur dalam mengekalkan semangat perintis pengasasnya.

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 04

Diasaskan sebagai katalog untuk mengiringi pameran Visi dan Virtuosity di Galeri Saatchi di London, risalah mewah Assouline ini, tersedia dalam dua edisi yakni Icon dan Ultimate. Merangkumi semua percintaan dan warisan ikon Amerika yang terkenal di dunia ini dalam membiaskan inspirasi kreatif Tiffany menerusi iklan dan paparan tingkap yang pandai berjenaka pintar. Di samping memaparkan kisah terperinci koleksi permata Blue Book dan kepakaran tukang jauharinya, serta cerita di sebalik kotak rona biru ikoniknya. Tidak lupa juga, paparan menarik filem klasik Breakfast at Tiffany’s dan berlian kuning Tiffany yang fantastis!

See also
Kurniaan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Buat Fazura