10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022 - Glam Malaysia
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022

10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022

Ini 10 lagu K-Pop yang menjadi highlight tahun 2022 serta menjuarai carta antarabangsa Billboard 200. 

Seperti yang kita semua tahu, industri K-Pop hari ini sememangnya memberi kesan kepada peminat muzik dunia. Rentak dan tarian yang cukup bertenaga membuatkan ramai yang asyik apabila mendengar lagu mereka. GLAM menyenaraikan barisan artis K-Pop yang miliki pengaruh hebat sehingga menduduki carta 200 Billboard tahun 2022. 

Senarai Lagu K-Pop Hebat Tahun 2022

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1- Pink Venom – Blackpink

Blackpink menjadi kumpulan wanita Korea pertama yang menjuarai carta Billboard 200 tahun ini menerusi album Penuh mereka “Born Pink” awal Oktober yang lalu. Setelah hampir setahun tidak memiliki album, mereka kembali memberi impak. Menariknya tentang lagu ini, apabila Blackpink menggabungkan rentak Hip Hop dan tradisional Korea menggunakan alat muzik yang diberi nama, geomungo.