Use your ← → (arrow) keys to browse
Ahli kumpulan termuda Blackpink, Lisa dilihat terus melakar sejarah dalam industri muzik.
September tahun lalu Lisa melancarkan album solo pertamanya, Lalisa yang judulnya diambil sempena namanya sendiri, Lalisa Manoban.
Album yang menampilkan dua lagu iaitu Lalisa dan Money itu menggemparkan internet apabila terus menerus mencipta rekod baharu walaupun telah lapan bulan menemui peminat.
Dalam perkembangan terbaharu, penyanyi berusia 25 tahun itu melakar satu lagi sejarah dalam kerjaya nyanyian solonya apabila album Lalisa memperoleh 660 juta strim di platform muzik Spotify.