Use your ← → (arrow) keys to browse
“Walaupun saya bermeditasi dan menjalani rutin harian seperti biasa, tenaga dalam tubuh saya sentiasa ‘membara’ dan bersedia untuk melakukan lebih lagi . Begitulah diri saya.
“Justeru apabila kebebasan ditarik, kerjaya saya dirasakan terancam dan saya mula panik seperti orang lain. Malah saya terfikir akan mati jika melangkah keluar dari rumah. Depresi yang saya alami sangat teruk, namun kini ia berjaya diatasi,” tambahnya.
Jelas isteri kepada pelakon Eddie Cibrian ini, dia menangani pergelutan yang dihadapi dengan bantuan terapi.
“Ia membantu saya melihat situasi ini dari perspektif berbeza. Kadangkala kita berada dalam dunia sendiri dan tidak mampu melangkah keluar. Terapi membantu saya dalam isu ini. Ia bukanlah penamat, ia hanyalah perjalanan sebagai manusia.”